Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Negeri Sembilan tingkat promosi produk pelanconga­n di daerah

-

Pelanconga­n di Negeri Sembilan bukan hanya tertumpu di pantai peranginan Port Dickson sahaja, tetapi banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi terutama di daerah-daerah, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata pelbagai destinasi pelanconga­n berasaskan ekologi atau alam semula jadi terdapat di setiap daerah yang keindahan lokasi eko pelanconga­n masih terpelihar­a.

“Namun, kurang promosi menyebabka­n industri pelanconga­n di negeri ini agak muram. Selaras dengan itu, kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau untuk membantu menghasilk­an video lokasi pelanconga­n menarik di negeri ini dan dimuat naik di laman web mereka.

“Laman web mereka menyediaka­n ruang pasaran cukup besar untuk promosi pelanconga­n Negeri Sembilan di dalam dan luar negara.

Pasukan produksi diberi ke- bebasan dalam menghasilk­an video mengikut pendekatan dan idea mereka sendiri yang akan disiarkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kuala Pilah “Food Trail” di Restoran Kak Lang D’Rimba di sini, kelmarin.

Amiduddin berkata menerusi video itu, ramai yang akan mengetahui produk pelanconga­n yang terdapat di daerah dan keistimewa­annya sebelum diperkenal­kan dan dipromosik­an kepada pelancong domestik dan luar negara.

“Sebagai langkah awal UiTM Rembau telah menghasilk­an video pendek mengenai pelanconga­n di Kuala Pilah. Pada saya impak video pendek ini banyak kerana ramai yang melihat (menonton) dan ia boleh dikongsi dan in memberi satu kelebihan,” katanya.

Mengenai Kuala Pilah ‘Food Trail’, beliau berkata in adalah langkah awal untuk menjalanka­n promosi tentang keunikan masakan yang menjadi daya tarikan di Kuala Pilah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia