Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan berasaskan etnik digesa beri input untuk tingkat kemudahan prasarana

-

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah mengalu-alukan input dari setiap persatuan berasaskan etnik di negeri ini dalam usaha membantu membangunk­an kemudahan prasarana di kawasan masing-masing.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata pelbagai persatuan terdapat di negeri ini mempunyai perusahaan dan perniagaan yang memerlukan kemudahan infrastruk­tur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air.

“Banyak persatuan berasaskan etnik di Sabah mereka lebih faham keperluan di kampung yang didiami oleh anggota masyarakat itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan makan malam persatuan usahawan dan kontraktor Tombonuo Jumaat malam.

Ewon berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan dari segi kemudahan infrastruk­tur namun perusahaan yang dijalankan perlu dilaksanak­an oleh komuniti berkenaan.

Beliau turut menasihatk­an kepada para pengusaha mahupun usahawan agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Dr Akian Ah Kiew berkata persatuan yang wujud sejak 20 tahun lalu itu berazam untuk meningkatk­an ekonomi masyarakat itu.

Beliau berkata dengan jumlah hampir 90,000 etnik itu yang terdapat di 13 daerah di negeri ini termasuk di Pitas.

“Dalam usaha meningkatk­an ekonomi masyarakat Tombonuo ini, persatuan terlibat dalam beberapa aktiviti perniagaan antaranya dalam bidang pembinaan dan pelanconga­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia