Utusan Borneo (Sarawak)

Ingin belajar dari Guardiola

Sarri mengagumi kebolehan pengurus Man City itu yang bermula dari musim sukar sehingga peroleh kejayaan

-

MANCHESTER, England: Pep Guardiola dan Maurizio Sarri saling menghormat­i dan memuji gaya permainan masing- masing tetapi ketika Chelsea berkunjung ke Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini, Sarri juga mengekori pengalaman sukar Guardiola pada musim pertama beliau di England.

Lama sudah dilupakan selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana dengan rekod 100 mata musim lepas, City mengharung­i musim mengecewak­an pada tahun pertama Guardiola di kelab.

Walaupun membuat persediaan untuk kehadiran Guardiola sudah bermula dengan mendapatka­n khidmat bekas pemimpin Barcelona, Ferran Soriano dan Txiki Begiristai­n di kelab, City hanya menamatkan musim pertama Guardiola di tangga keempat apabila mengutip tiga mata dari empat perlawanan liga terakhir.

Sarri mengakui Jumaat lepas di mana kembali beraksi dalam Liga Juara- Juara pada musim hadapan adalah sasaran utama Chelsea ketika ini dengan jurang 12 mata di belakang City dan Liverpool ( di tangga teratas liga) adalah jurang yang terlalu besar untuk dikejar.

Chelsea memulakan perlawanan hari ini dengan ber- kelebihan dua mata di tangga keempat berbanding Manchester United sementara Arsenal kurang satu lagi mata.

Ia boleh bertukar pada sepak mula di Stadium Etihad, dengan United dan Arsenal masing-masing menentang kelab bawahan, Fulham dan Huddersfie­ld sehari lebih awal.

Namun, harapan masih ada untuk Chelsea sekiranya Sarri belajar dari apa yang dialami oleh Guardiola pada musim sejuk pertama yang sukar dalam bola sepak Inggeris.

Sarri belum tewas pada 18 perlawanan pertama beliau di kelab sehingga bulan November.

Satu tempoh lima kekalahan dari 12 perlawanan liga, paling teruk tewas 0- 4 kepada Bournemout­h bulan lepas, mencemarka­n reputasi beliau.

Guardiola menang 10 perlawanan pertama beliau dalam semua pertanding­an sebagai pengurus City sebelum semuanya beru- bah.

Kemenangan 2-0 di Everton malam Rabu lepas membolehka­n City kembali di tangga teratas liga dengan perbezaan gol berbanding Liverpool dan situasi itu hadir hampir dua tahun sejak pasukannya dimalukan 0- 4 oleh Everton di Goodison Park.

“Orang percaya kami tiba dengan pemain, kelab yang bagus dan semuanya harus berfungsi dengan segera,” kata Guardiola ketika bercakap tentang nasib Sarri.

“Kadang-kadang anda memerlukan lebih banyak masa tetapi saya fikir musim Chelsea adalah luar biasa.”

Malang buat Sarri, beliau mungkin tidak diberikan masa seperti Guardiola dengan City sudah berusaha begitu lama untuk mendapatka­n khidmatnya dan pemilik Chelsea, Roman Abramovich terkenal dengan seorang yang tidak sabar dengan kejayaan segera.

“Kami perlu berusaha. Guardiola pada musim ketiganya dalam Liga Perdana, (pengurus Liverpool, Jurgen) Klopp pada musim keempat atau kelima,” kata Sarri Jumaat lepas.

“Anda harus lebih kompetetif dalam pasaran perpindaha­n atau anda perlu berusaha. Kami harus cuba dan merapatkan jurang kerana ketika ini ada jurang di antara kedua-dua kelab.” — AFP

Kadang-kadang anda memerlukan lebih banyak masa tetapi saya fikir musim Chelsea adalah luar

” biasa.

Pep Guardiola

Pengurus Manchester City

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia