Utusan Borneo (Sarawak)

Arca David Beckham bakal diperkenal di Stadium LA Galaxy

-

LOS ANGELES (AS): Arca bekas bintang bola sepak antarabang­sa England dan kelab Manchester United, David Beckham, akan diperkenal­kan bulan hadapan oleh kelab Los Angeles ( LA) Galaxy di stadium kelab, menurut pengumuman pasukan Jumaat lepas.

Bekas pemain tengah itu – yang juga pernah bermain di Real Madrid, AC Milan dan Paris Saint Germain (PSG) sebelum bersara pada 2013 – akan menerima penghormat­an itu sebelum perlawanan pembukaan Liga Bola Sepak Utama (MLS) di mana Galaxy akan menentang Chicago pada 2 Mac.

Beckham berpindah ke MLS bersama Galaxy pada 2007 dan beraksi selama enam musim di mana beliau memenangi kejuaraan MLS pada 2011 dan 2012 dan mengembang­kan popularit sukan bola sepak di AS.

Beckham, 43, masih melibatkan diri dalam MLS sebagai pemilik bersama kelab baharu, Inter Miami, yang mula beraksi secara rasm pada 2020.

Inter Miami ketika ini mencari gelanggang sementara sehingga pembinaan stadium mereka di venue baharu siap dengan rakan pemilik, Jorge Mas memberitah­u akhbar Miami Herald di mana mereka menolak untuk ‘meminjam stadium Miami Marlins untuk gelanggang sendiri dan satu venue untuk perlawanan d tempat sendiri pada musim ini hanya akan diumumkan pada lewat bulan ini atau awa bulan Mac. — AFP

 ??  ?? BECKHAM
BECKHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia