Utusan Borneo (Sarawak)

Tottenham berpeluang cipta kejutan dalam saingan kejuaraan EPL

-

Harry Winks menegaskan Tottenham Hotspur masih mempunyai peluang mencipta kejutan dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketika membuat persediaan untuk menanti kunjungan Leicester City hari ini.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino akan memulakan perlawanan hari ini dengan ketinggala­n lima mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan juga Liverpool, berkongsi mata di tangga teratas.

Tetapi ketika ramai pengulas melihat Spurs – di tangga ketiga ketika ini – sebagai calon luar, mereka sudah menang tiga perlawanan terakhir untuk terus mengekalka­n saingan dengan City dan Liverpool.

Dan ketika City menunjukka­n mereka mampu merapatkan jurang ketinggala­n tujuh mata di belakang Liverpool dalam beberapa minggu, ada banyak lagi kejutan mungkin berlaku pada minggu-minggu terakhir musim.

Memenangi kejuaraan liga buat kali pertama sejak 1961 adalah satu pencapaian luar biasa buat Tottenham, selepas tidak membeli sebarang pemain pada dua pasaran perpindaha­n terakhir.

Namun, dengan City dan Liverpool masih perlu berdepan Spurs pada lewat musim, Winks berasa yakin mereka tidak boleh diketepika­n setakat ini.

“Kami tewas kepada Wolves dan semua orang berkata kami terkeluar dari saingan kejuaraan dan ia adalah masa untuk kami kembali ke empat tangga teratas dan kemudian kami menang ke atas Newcastle dan orang berkata kami kembali bersaing,” kata Winks.

“Kami tidak benar- benar terlibat dalam perdebatan ini, apa yang kami mahu lakukan ialah bermain pada setiap perlawanan dan memberikan fokus kepada lawan seterusnya.

“Pada akhir musim, kam akan cuba melihat di mana kedudukan kami.

“Kami masih akan menentang Man City dan Liverpool ia adalah dua perlawanan yang kami mahu jika kami mahu menjadi juara, kami harus menang.

“Buat masa ini, kami gembira dengan kedudukan kami, kam beraksi dengan baik ketika in dan ia adalah apa yang paling penting.” — AFP

 ??  ?? MONFILS WINKS
MONFILS WINKS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia