Utusan Borneo (Sarawak)

Hafizh temui resepi tunggangan

Pelumba Malaysia itu menarik nafas lega dengan catatan masanya

-

SEPANG: Selepas bergelut denganjent­erabaharup­adadua hari pertama ujian pra-musim MotoGP, pelumba tunggal Malaysia dalam kejuaraan itu, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya boleh menarik nafas lega dengan catatan masanya pada hari terakhir sesi tersebut kelmarin.

Beliau mengakui terpaksa mengubah gaya tunggangan­nya selepas gagal menyesuaik­an diri dengan jentera KTM pada hari pertama sesi ujian berkenaan di Litar Antarabang­sa Sepang, Rabu lalu.

“Banyak peningkata­n dilakukan kita berbanding semalam. Masa sepusingan juga lebih baik daripada sebelum ini, namun masih agak jauh daripada pelumba di hadapan.

“Pada hari terakhir, saya cukup selesa dengan jentera ini, tetapi keadaan fizikal saya belum dapat menyesuaik­an diri sepenuhnya dengan motosikal ini.

“Selepas seharian menunggang, saya berasa kurang bertenaga. Secara jujurnya, saya agak kecewa dengan diri saya ini,” kata pelumba berusia 24 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas menamatkan sesi ujian hari ketiga dan terakhir di Litar Sepang kelmarin.

“Motosikal ini cukup hebat, tetapi saya tidak dapat memanfaatk­an sepenuhnya. Apapun saya akan berusaha

Banyak peningkata­n dilakukan kita berbanding semalam. Masa sepusingan juga lebih baik daripada sebelum ini, namun masih agak jauh daripada pelumba

” di hadapan.

Hafizh Syahrin Abdullah Pelumba pasukan Redbull KTM

melakukan terbaik semasa ujian di Qatar sebelum perlumbaan pembuka tirai musim ini. Kita berada di kedudukan positif dan sudah pasti kita boleh melakukan lebih baik,” kata pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu.

Jaguh tempatan itu menggunaka­n tayar berbeza pada sesi ujian berkenaan, dan menumpukan kepada pelbaga aspek pada jenteranya.

Beliau menamatkan keseluruha­n 123 pusingan dalam ses ujian berlangsun­g selama tiga hari itu, dan pada sesi terakhir hari ini, Hafizh Syahrin mencatat masa terpantas dua minit 0.766 saat untuk berada di kedudukan ke-21.

Pada hari pertama, pelumba pasukan Red Bull KTM Tech 3 itu bergelut bagi mendapatka­n rentak tunggangan apabila menduduki tempat tercorot dengan catatan 2: 01.853s — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINGKAT: Aksi Hafizh yang mewakili Red Bull KTM Tech3 ketika beraksi pada sesi Ujian Pramusim MotoGP 2019 di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.
— Gambar Bernama MENINGKAT: Aksi Hafizh yang mewakili Red Bull KTM Tech3 ketika beraksi pada sesi Ujian Pramusim MotoGP 2019 di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia