Utusan Borneo (Sarawak)

Tundukkan KL 4-1, JDT rampas tangga teratas Liga Super 2019

-

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merampas kedudukan teratas liga daripada Pahang setelah menewaskan Kuala Lumpur 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Kemenangan tersebut menyaksika­n Skuad Harimau Selatan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.

Kedudukan itu dijangka berubah sekiranya Pahang berjaya menewaskan Terengganu FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok.

Pada aksi di Larkin, JDT meraih jaringan menerusi sepakan penalti pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera pada penghujung babak pertama perlawanan, Muhammad Syafiq Ahmad (minit ke-51), pemain import dari Brazil, Diogo Luis Santo (minit ke-58) dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham pada minit ke-88.

Kuala Lumpur meraih gol sagu hati menerusi pemain import dari Belanda, Sylvano Dominique Comvalius pada minit ke-77.

Dalam pada itu, juara Piala Malaysia 2018, Perak gagal menggunaka­n kelebihan beraksi di laman sendiri dan hanya mampu seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Perak, pada perlawanan itu.

Brendan Gan meletakkan Perak di hadapan menerusi voli daripada luar sepakan penalti pada minit ke- 17, sebelum pemain import dari Brazil, Renan da Silva Alves menyamakan kedudukan untuk Kedah, selang tiga minit kemudian.

Dalam saingan Liga Premier, Terengganu FC II (TFC II) melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas mengalahka­n pendatang baharu, Selangor United 1-0 hasil sepakan penalti Akanni Sunday Wasiu pada minit ke65 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Perlis pula meraih kemenangan sulung selepas menang bergaya 3-0 ke atas UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Tiga gol skuad Singa Utara dijaringka­n oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-31 dan ke-36 serta Kevin Osei pada minit ke-72.

Kelantan pula gagal memanfaatk­an kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 3-3 dengan Sabah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Tiga gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior seawal minit keenam perlawanan menerusi sepakan penalti, Nik Akif Syahiran Nik Mat (minit ke-51) dan Muhammad Danial Haqim Draman pada minit ke-88.

Tiga gol Sabah dijaringka­n oleh pemain import dari Serbia, Luka Milunovic pada minit ke-12 dan dua gol Maxsius Musa pada minit ke-78 dan minit ke-86.

Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak perlawanan selepas Muhammad Danial Haqim dilayangka­n kad merah kerana mengutip kad kuning kedua. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUH AKSI: Pemain Kuala Lumpur (kanan) mengasak pemain JDT pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Tan Sri Dato’Haji Hassan Yunos, malam kelmarin.
— Gambar Bernama PENUH AKSI: Pemain Kuala Lumpur (kanan) mengasak pemain JDT pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Tan Sri Dato’Haji Hassan Yunos, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia