Utusan Borneo (Sarawak)

Bundesliga: Leverkusen belasah Mainz 5-1

-

Bayer Leverkusen menjaringk­an empat gol dalam separuh masa pertama untuk membelasah Mainz 5-1 dalam aksi Bundesliga Jerman Jumaat lepas dan meneruskan kenaikan dalam liga sejak di bawah bimbingan jurulatih baharu, Peter Bosz.

Jurulatih dari Belanda itu, di mana pasukannya menewaskan Bayern Munich minggu lepas, mula menjalanka­n tugas pada pertukaran tahun dan Leverkusen kini sudah menang tiga dari empat perlawanan liga di bawah bimbingan beliau.

Wendell membuka jaringan seawal minit kelima dan walaupun Robin Quaison mengikat kedudukan empat minit kemudian untuk pasukan tuan rumah, Leverkusen ‘mengamuk’ dengan tiga gol sebelum rehat menerusi jaringan Kai Havertz, Julian Brandt dan Karim Bellarabi.

Leverkusen, yang kini menjaringk­an 11 gol dalam tiga perlawanan liga terakhir, naik ke tangga kelima dengan 33 mata, empat mata di belakang RB Leipzig. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia