Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai ‘Mukah Police Day Fun Ride’

-

Orang awam sekitar Mukah dialu-alukan menyertai Mukah Police Day Fun Ride 2019 bakal diadakan pada 30 Mac depan.

Melalui satu kenyataan dikeluarka­n semalam acara itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Polis Ke-212.

Peserta bakal menaiki basikal sejauh 30 kilometer bermula di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menuju ke Universiti Institut Teknologi Mara ( UiTM) Mukah dan kembali semula ke Dewan Serba Guna IPD Mukah.

Program tersebut dijangka bermula sekitar jam 7 pagi.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 dan peserta turut diberikan kemeja-T serta makanan dan minuman.

Borang boleh didapati di kaunter Balai Polis Mukah dan di Restoran Santai Corner Erasya Mukah.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Inspektor Hailwandi Suhaili (0135457077) dan Korperal Dayang Rozinawati (0194532245).

Tarikh tutup penyertaan pada 15 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia