Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Presiden: Sarawak optimis mampu menang

-

Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Sarawak, Abdul Jalil Ramli yakin anak-anak buahnya mampu meraih kemenangan pertama menentang PKNP FC di laman sendiri.

Beliau berkata, segala persiapan bagi menghadapi kempen Piala Presiden 2019 yang akan menyingkap tirainya pada 21 Februari ini berjalan lancar mengikut perancanga­n.

“Pasukan kita menjalani latihan intensif selama tiga minggu sebagai persiapan menentang PKNP FC pada perlawanan pertama di laman sendiri dan semestinya kita mengharapk­an kemenangan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Abdul Jalil berkata, pasukan berstatus kelab itu sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah kepada Sarawak untuk mengutip tiga mata penuh meskipun bermain di kubu sendiri.

“Semua tahu PKNP FC mempunyai program pembanguna­n bola sepak yang baik dan ramai pemainnya berkembang seterusnya beraksi dalam Liga Super.

“Bagaimanap­un, saya menaruh keyakinan tinggi bahawa skuad Ngap Sayot Junior ini mampu memberi- kan saingan dan menimba pengalaman berharga menentang pasukan itu nanti,” jelasnya.

Skuad Piala Presiden Sarawak berangkat ke Kuala Lumpur malam kelmarin bagi menghadapi tiga perlawanan persahabat­an.

Pasukan itu bakal menentang skuad Piala Presiden Selangor, Syarikat Air Melaka (FAM) dan RAMD FC Melaka sebelum kembali ke Miri pada 13 Februari ini.

Abdul Jalil memberitah­u perancanga­n mengadakan tiga perlawanan persahaba- tan itu adalah untuk menguji kekuatan dan kelemahan pasukan muda Sarawak menjelang perlawanan sebenar nanti.

“Kita menang pada perlawanan persahabat­an menentang Pilihan Miri sebelum in dan saya melihat lebih banyak perlu dilakukan untuk memantapka­n pasukan kita termasuk menghadapi tiga siri perlawanan persahabat­an nanti,” katanya.

Justeru, Abdul Jali menyeru semua peminat bola sepak tempatan hadir ke Stadium Miri pada 21 Februar ini bagi memberi sokongan moral kepada skuad muda Sarawak menghadapi PNKP FC.

Sarawak bersaing dalam Kumpulan B bersama juara musim lalu, Terengganu selain Felda United FC PDRM, Perak, PKNP FC Kuala Lumpur, Melaka PKNS FC, Kelantan, Negeri Sembilan dan Akadem Mokhtar Dahari.

 ??  ?? UJI PASUKAN LUAR: Abdul Jalil (tujuh kiri, barisan belakang) bersama pengurusan dan barisan pemain berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadapi tiga siri perlawanan persahabat­an.
UJI PASUKAN LUAR: Abdul Jalil (tujuh kiri, barisan belakang) bersama pengurusan dan barisan pemain berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadapi tiga siri perlawanan persahabat­an.
 ??  ?? TAHNIAH: Barisan pemenang Kejohanan Bola Tampar MSSM Bahagian Miri.
TAHNIAH: Barisan pemenang Kejohanan Bola Tampar MSSM Bahagian Miri.
 ??  ?? TERBAIK: Muhd Syarifuddi­n (kiri) dan Mohd Haroun Ponik.
TERBAIK: Muhd Syarifuddi­n (kiri) dan Mohd Haroun Ponik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia