Utusan Borneo (Sarawak)

Boling: Air Strike kekal di puncak Liga Berdua

-

Air Strike kekal di puncak Liga Berdua Megalanes Adventure World 180 & ke bawah meskipun tewas 5-10 di tangan MAW Bowlers 3 pada minggu kesembilan saingan liga.

Palak Simple pula menang 8- 7 ke atas Tenpin Strikes untuk kekal kedudukan kedua manakala The Jokers menewaskan pasukan di kedudukan keempat, Elite 10-5.

AADL Bowling Team naik ke kedudukan kelima selepas mengutip mata maksima daripada perlawanan ‘blind-score’ manakala Tenpin Strikes jatuh ke kedudukan keenam.

Dalam pada itu, Muhd Syarifuddi­n dan Muhd Mussaddiq dari Air Strike masih mendahului kategori Individual High Game dengan Muhd Daniyal (Impact Strikes) di kedudukan kedua.

Mohd Abdul Hadi mewakili Palak Simple mendominas­i kategori Individual High Series di hadapan Muhd Syarifuddi­n (Air Strike).

Pemain AADL Bowling Team, Maimunah Arshad calon teratas memenangi anugerah pemain Wanita Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia