Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching FA akur keputusan MFL, bakal harungi 26 aksi Liga M3

-

Skuad Kuching FA terpaksa menempuh lebih banyak perlawanan dalam saingan Liga M3 yang dijadualka­n bermula pada 16 Mac depan.

Ini berikutan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia ( MFL) semalam menetapkan sebanyak 14 pasukan berentap dalam saingan liga divisyen tiga itu.

Penolong Pengurus Skuad Kuching FA, Iswandi Ali Hassan berkata secara keseluruha­nnya Kuching FA mengharung­i sebanyak 26 perlawanan dengan 13 perlawanan di tempat lawan.

“Kita terpaksa akur dengan keputusan MFL menetapkan 14 pasukan bertanding dalam Liga M3 kerana mahu menjadikan saingan lebih kompetitif.

“Sudah tentu bajet kita akan berganda pada tahun ini kerana kita akan bertan- dang sebanyak 13 kali di tempat lawan. Itu belum dikira penyertaan kita dalam saingan Piala FA dan Liga FAM,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, kebanyakan pasukan bertanding dari Kuala Lumpur dan Selangor termasuk beberapa pasukan dari Melaka, Terengganu, Johor dan Kelantan.

Pasukan terbabit ialah Glory United FC, Protap FC, DDM FC, Kelantan United FC, ATM, Puchong Fuerza FC, SAMB FC, Ultimate FC, JBFA, BTK FC Tun Razak FC, Penjara FC dan Batu 2 FC.

Untuk edisi kali ini, perlawanan akan dilangsung­kan sama ada pada Sabtu atau Ahad.

Pada musim ini, Skuad Kuching FA diperkuatk­an dengan kehadiran beberapa bekas pemain Sarawak seperti Joseph Kalang Tie Hairol Mokhtar, Ramesh Lai, Mohd Dzulazlan Ibrahim, Mazwandi Zakeria dan Mohd Hafis Saperi.

Skuad Kuching FA akan memulakan musim 2019 dengan menyertai saingan Piala FA yang dijadualka­n bermula pada 16 Februar ini.

 ??  ?? ISWANDI
ISWANDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia