Utusan Borneo (Sarawak)

Azhar hidupkan semula kapal klasik

- Oleh Shahrizan Jefri Aziz

DI sebuah bengkel kayu di Kampung Bakap Baru di Jalan Tanjung Tualang di Batu Gajah, kuat kedengaran lagu irama metal ‘Haeven and Hell’ oleh kumpulan Black Sabbath mengiringi Captain Jack menyiapkan sebuah replika kapal Laksamana Cheng Ho.

Captain Jack atau nama sebenarnya Azhar Kamaruddin, 50, anak jati Kampung Bakap Baru, tekun menyiapkan kapal itu yang ditempah seorang pelanggan bulan lepas.

Azhar, yang amat meminati bidang seni kayu, giat membina replika kapal sejak 21 tahun lalu.

Minat itu tercetus selepas Azhar membaca sebuah buku bertajuk ‘Ilustrated History of Transport’ pada 1997 lalu nekad menyertai perusahaan membuat replika kapal. MINAT KAPAL KLASIK DAN SENI KAYU Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap pembuatan replika kapal, Azhar sanggup berhenti kerja sebagai penyelia di sebuah pasar raya pada tahun sama untuk mencari kerja di kilang kayu dan besi di sekitar Ipoh.

Dalam tempoh lima tahun, beliau bekerja di beberapa kilang khusus untuk mempelajar­i caracara menggunaka­n mesin bagi membina replika kapal.

Azhar, yang mempunyai tiga anak berusia antara 17, 19 dan 24 tahun, juga banyak membaca buku yang berkaitan dengan sejarah kapal-kapal lama serta spesifikas­inya bagi memudahkan merangka replika kapal dengan lebih teliti.

Bermula dengan kayu terpakai, beliau membina kapal-kapal kecil dan menjualnya kepada rakanrakan­nya sebelum hasil jualan itu digunakan bagi membeli mesin untuk kegunaan di bengkelnya.

“Proses membina replika kapal sangat rumit dan memerlukan penelitian bermula daripada proses lakaran pelan (blueprint) di sebuah studio sebelum proses seterusnya dilakukan di bengkel,” katanya kepada Bernama di sini. MINAT KAPAL LAMA

Azhar amat meminati kapal purba terutamany­a dari Zaman Firaun dan Zaman Pertengaha­n kerana sejarahnya selain cabaran untuk menghasilk­an replika yang menuntut kepada kesempurna­an.

Menurutnya model popular dalam kalangan pelanggan adalah replika kapal dari Eropah dan kapal Laksamana Cheng Ho yang dibina pada 1403.

Azhar turut membina replika kapal seperti Baltimore Clipper yang dibina pada 1812 dan Mediterran­ean Galley pada 1571.

“Masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah replika kapal bergantung kepada saiz...ada kalanya ia mencecah sehingga enam bulan bagi menyiapkan sebuah replika berukuran panjang antara 1.5 meter dan 1.8 meter,” jelasnya.

Replika kapal yang dihasilkan oleh Azhar dijual kepada pelanggan dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Bali dan Scotland.

“Ada di antara di replika kapal pembuatan saya dipamerkan di beberapa galeri luar negara,” katanya.

Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu pembuatan kapal dan bersedia membantu individu dan penuntut yang berminat kerana baginya, saling bertukar pendapat boleh memperluas­kan lagi idea pembikinan replika.

Pada masa sama, Azhar menasihati mereka yang berminat dengan seni membina replika kapal supaya mempelajar­i sejarah kerana ia sangat penting dalam kerja-kerja pembuatan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEPUASAN: Azhar amat mementingk­an ketelitian dalam menyiapkan model kapal ‘Cheng Ho’ tahun 1403 di bengkelnya dekat Batu Gajah.
— Gambar Bernama KEPUASAN: Azhar amat mementingk­an ketelitian dalam menyiapkan model kapal ‘Cheng Ho’ tahun 1403 di bengkelnya dekat Batu Gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia