Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas prihatin kumpul 4,000 botol kaca elak pelancong cedera

- Oleh Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli

SEMUANYA bermula dengan niat tidak mahu pelancong cedera terpijak kaca apabila berjalan atau bermain di kawasan pantai di Kampung Mangkuk, di Setiu.

Sikap prihatin Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk Mansur, 75, akhirnya menyebabka­n warga emas itu kini memiliki ebih 4,000 koleksi botol dan mempunyai galeri sendiri, yang mana beliau menyimpan pelbagai koleksi botol hanyut yang dikutip sendiri di tepi pantai, dibeli daripada kanakkanak serta pemberian orang ramai yang mengetahui minatnya itu.

Tengku Mohd Ali yang dikenali sebagai Tokki oleh penduduk kampung itu, berkata pada mulanya tidak terlintas langsung untuk menjadi pengumpul botol tetapi idea itu datang selepas melihat kanakkanak di kampung tu memecahkan botol-botol yang hanyut ke pantai dengan meletupkan­nya menggunaka­n mercun.

“Saya tanya kenapa mereka pecahkan botol tu? Kesian dekat pengunjung yang datang ke pantai untuk bermain pasir kerana mereka mungkin cedera kena kaca. Saya nasihatkan mereka agar lepas ini jangan pecahkan botol dan jika jumpa botol, saya suruh mereka hantar ke rumah saya...saya akan bayar setiap botol itu.

“Botol saiz kecil saya bayar lima sen dan 10 sen untuk yang besar… saya tak sangka lepas tu berguni-guni botol dihantar ke rumah hingga isteri saya Jamaliah Kamaruddin, 67, salah faham dan ingat saya nak berniaga budu,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Penarik Baru di Setiu.

Tengku Mohd Ali berkata pada mulanya botol-botol yang dikutip itu mahu dibuangnya tetapi selepas melihat keunikan setiap botol-botol yang datang

dari pelbagai negara itu, beliau mengambil keputusan untuk menyimpann­ya dan membuat koleksi.

“Saya beli rumah kosong di sebelah rumah saya daripada kakak saya dan jadikan rumah itu sebagai galeri. Pada tahun 2005 saya mula kumpul botolbotol yang ada ukiran dan bentuk berbeza... semua botol-botol itu saya dapat dari tepi pantai atau pemberian orang ramai... anak dan cucu saya juga mula menyokong minat saya dan bila jumpa botol yang menarik mereka akan bawa pulang untuk saya.

“Kini di galeri saya ada lebih 4,000 botol yang datang dari seluruh dunia antaranya Korea, Mexico, Perancis dan banyak lagi…sejak galeri rumah botol ini dibuka saya menerima banyak kunjungan daripada pelajar sekolah mahupun pelancong dari luar negara dan tempatan tanpa mengenakan sebarang bayaran,” katanya.

Bapa kepada sembilan cahaya mata itu, berkata setiap botol mempunyai nilai sentimenta­l yang tersendiri dengan ada antaranya telah hanyut di lautan hampir berbelas tahun termasuk botol yang mempunyai surat di dalamnya.

Beliau berkata ketika mencari botol kaca di tepi pantai berhampira­n sebuah universiti awam di Kuala Terengganu lapan tahun lepas, beliau menemui sebiji botol berisi sepucuk surat yang ditulis

dalam bahasa Korea dan meminta seorang pelancong Korea ketika itu untuk menceritak­an kepadanya kandungan surat berkenaan.

Mengimbas kembali detik-detik awal usaha beliau mengumpul botolbotol terbuang, Tengku Mohd Ali berkata beliau pernah dilabel sebagai kurang siuman dan dianggap dipinggir anakanak kerana mengutip botol di sepanjang pesisir pantai.

“Setiap pagi selepas hantar cucu ke sekolah saya singgah di pantai Penarik dan berjalan kaki di pesisir pantai hingga ke Pantai Telaga Papan (kira-kira 17 kilometer) untuk kutip botol…jika berjumpa dengan mereka yang kenal saya mereka akan tumpangkan saya balik ke rumah,” katanya.

Selain mengumpul botol, Tengku Mohd Ali turut mengumpul koleh kaca (mug), botol minyak wangi dan pelampung pukat yang diperbuat daripada kaca. Kesemuanya, kecuali botol minyak wangi, ditemui di tepi pantai.

Botol minyak wangi pelbagai bentuk yang dikumpul itu diperoleh daripada pelajar kolej ketika beliau bekerja sebagai penyelia di sebuah kolej di Setiu suatu masa dahulu.

Ekoran faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinka­n, Tengku Mohd Ali kini tidak lagi dapat menguruska­n galerinya sepenuh masa dan berharap ada dalam kalangan anak-anak mahupun cucunya yang akan meneruskan minat beliau.

“Jika mereka tidak mahu menguruska­nnya, saya minta mereka serahkan semua koleksi ini kepada pihak muzium untuk diuruskan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? MENARIK: Tengku Mohd Ali menunjukka­n botol kaca yang ditemui lapan tahun lepas berisi surat berbahasa Korea ketika ditemui di rumah botol. PELBAGAI BENTUK: Antara koleksi botol milik Tengku Mohd Ali yang dikumpulny­a sejak 2005. KREATIF: Tengku Mohd Ali berdiri di hadapan pintu pagar rumah botol di Kampung Penarik Baru, dekat Setiu, baru-baru ini. HASIL TERKUMPUL: Tengku Mohd Ali memeriksa sebahagian daripada lebih 4,000 botol kaca yang dikumpulny­a.
— Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama MENARIK: Tengku Mohd Ali menunjukka­n botol kaca yang ditemui lapan tahun lepas berisi surat berbahasa Korea ketika ditemui di rumah botol. PELBAGAI BENTUK: Antara koleksi botol milik Tengku Mohd Ali yang dikumpulny­a sejak 2005. KREATIF: Tengku Mohd Ali berdiri di hadapan pintu pagar rumah botol di Kampung Penarik Baru, dekat Setiu, baru-baru ini. HASIL TERKUMPUL: Tengku Mohd Ali memeriksa sebahagian daripada lebih 4,000 botol kaca yang dikumpulny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia