Utusan Borneo (Sarawak)

Travelog jelajah Korea Selatan bersama Christina Suzanne dalam di TV1

-

MENAMPILKA­N hos Cristina Suzanne, 13 episod program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton menyertai penjelajah­an beliau ke pusat pengajian tinggi terpilih di negara Korea Selatan.

Christina bersamasam­a seorang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti berbeza setiap episod meninjau tempattemp­at menarik untuk makan, membeli-belah dan melancong.

Diberi tajuk ‘Kampuspedi­a’, program ini menemui penonton mulai 15 Februari ini, setiap Jumaat, jam 4.30 petang di TV1.

Episod pertama penonton berkongsi keterujaan hos ke lokasi menarik di Incheon, Korea Selatan bertemu dengan Ahmad Zahiruddin, pelajar Universiti Inha, Incheon.

Selepas berkenalan, mereka meninjau kedaikedai berdekatan universiti dan kemudianny­a ke makmal pembelajar­an binaan model kapal di Universiti Inha. Ketika Ahmad Zahiruddin menghadiri kuliah, Christina ke Jayoo Park dan Chinatown.

Kunjungan ke lokasi yang menjadi sebutan ramai, Seoul bertemu dengan Gesyeana Bazlyn, pelajar Universiti Hanyang Seoul meninjau kedai berdekatan universiti di Insadong.

Selepas itu mereka melawat kawasan universiti dan bilik-bilik kuliah juga meluangkan masa bersiarsia­r di kawasan rekreasi sepanjang Sungai Cheonggye-cheon.

Masih di Seoul, temu bual bersama-sama Nurul Syafiqah, pelajar Universiti Chung Ang, Seoul. Bermacam aktiviti dilakukan bersama-sama termasukla­h meninjau kedai dan kawasan kampus universiti tersebut. Menariknya, Christina dapat belajar menyediaka­n kimchi di Akademi Kimchi Seoul juga menjamu selera di Restoran Eid yang dimiliki oleh Yusuf.

Seterusnya menemui Tan Zhen Zheng, pelajar Universiti Korea, Seoul, dan dibawa ke Menara Namsan, satu menara komunikasi terkenal di Seoul. Aktiviti dilakukan mengunjung­i kedai-kedai makanan kegemaran pelajar-pelajar Universiti Korea.

Mereka kemudianny­a menaiki feri menikmati pelayaran dan pemandanga­n indah sepanjang Sungai Han yang mempunyai tiga puluh satu buah jambatan. Pada sebelah malam pula mereka ke K-Star Road di mana terdapat banyak patung beruang yang dibina mewakili kumpulan K-Pop popular di Korea Selatan.

Lokasi menarik berikutnya singgah di Suwon, Korea Selatan menemui Hani Ihsanuddin, pelajar Universiti Sung Kyun Kwan, Suwon, Korea Selatan.

Di sini mereka meluangkan masa melawat kawasan kampus, perpustaka­an universiti dan menyertai mesyuarat Kelab Toastmaste­rs yang dipengerus­i oleh Hani. Akhir sekali mereka menaiki belon udara di Kota Kubu Suwon untuk menikmati pemandanga­n bandar Suwon.

Berada di Yeongju, Korea Selatan, Christina melawat kawasan DMZ (Demilitari­zed Zone), sempadan selebar empat kilometer antara Korea Utara dan Korea Selatan di Imjingak.

Temu bual dilakukan dengan Selvamalar Muniamdy, pelajar Universiti Dongyang Mirae, Yeongju. Mereka kemudianny­a singgah di Sky Dome, stadium permainan besbol dan Istana Gyeongbok Gung.

Sementara itu di Chungju, Korea Selatan, ikuti temu bual bersamasam­a Dayang Natasya Ahmad Zailani, pelajar Universiti Konkuk, Chungju. Natasya membawa Christina melawat kawasan kampus Universiti Konkuk, makan di kedai makan Min Burg juga menaiki bot ke Pulau Nami menikmati keindahan pokok-pokok pada musim luruh.

Bersama-sama Nurafina Alias, pelajar Ewha Womans University, Seoul, bersiar-siar berdekatan universiti tersebut di Seodamun-gu. Mereka menikmati makanan di Restoran Alchon dan sempat berkenalan dengan Encik Lee, pemilik Thanks Nature Cafe, yang menarik pelanggan dengan membela dua ekor biri-biri Lulu dan Lala yang putih, comel dan menawan.

Menarik di Daejeon, Korea Selatan mengunjung­i Taman Negara Gyeryongsa­n bersama-sama Nur Amalina Wahab, pelajar Universiti Kaist, Daejeon.

Mereka disajikan pelbagai jenis makanan, pakaian dan kraf tangan yang dijual di situ. Kemudianny­a menuju ke Sungai Gapcheon dan membeli roti di Sung Sim Dang.

Istimewany­a mereka berpeluang melihat pokok epal generasi ke empat daripada pokok epal di mana Sir Isaac Newton mendapat ilham mengemukak­an teori kegravitia­n semasa duduk di bawah pokok tersebut.

Berikutnya Cristina ke Gwangju, Korea Selatan singgah di Jeonju Hanok Village yang mempunyai 800 buah rumah tradisiona­l.

Di sini temu bual dengan Azilah Abdul Aziz, pelajar Gwangju Institute of Science and Technology. Mereka berkesempa­tan melawat kawasan perkampung­an Yangnimdon­g dan meninjau Muzium Seni Han Heewon, Penguin Village dan Rumah Lee Jangwu.

Kembara di Busan, Korea Selatan menemukan Cristina dengan Izwan Ikmal Rozlan, pelajar Universiti Silla ke Pantai Haeundae yang menjadi tumpuan pelancong pada musim panas. Mereka makan di Restoran Rindu Kampeong yang terkenal dengan makanan Indonesia.

Selepas itu mereka ke Taman Yong Dongsan dan menaiki Menara Busan untuk melihat panorama bandar dan pelabuhan Busan. Pada waktu malam Izwan, tiga orang rakannya dan pengacara menghiburk­an diri dengan nyanyian karaoke Korea yang dipanggil Noraebang.

Ke tempat menarik di Jinju, Korea Selatan bersama-sama Rebecca Thien Tze Yean, pelajar Universiti Kebangsaan Gyeongsang, Jinju.

Selepas berkenalan, mereka ke Kubu Jinjuseong dan melawat kubur keramat Nongae, wirawati yang telah menyelamat­kan ramai askar Korea semasa serangan Jepun.

Mereka membeli-belah di Pasar Joong-ang juga meninjau projek kajian aeronautik pelajar Rebecca di makmal Universiti Kebangsaan Gyeongsang dengan mengawal dron yang diatur cara oleh Rebecca.

Episod akhir membawa penonton di Gumi, Korea Selatan bertemu dengan Noor Atiqa Mohd Salleh, pelajar Institut Teknologi Kumoh. Lokasi pilihan di Taman Peringatan Park Chung-hee dan melihat rumah kelahiran dan tugu peringatan mantan presiden Korea Selatan Park Chung-hee.

Mereka bersiar-siar di Taman Geumosan dan menaiki kereta kabel ke puncak gunung Geumosan juga berpeluang melihat rumah ibadah Buddha, Gua Doseon, Air Terjun Daehye dan keindahan semula jadi pokok-pokok berwarnawa­rni di situ.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) ataupun melalui aplikasi rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia