Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Palestin ditangkap bunuh gadis Israel: Polis

-

Seorang penduduk Palestin yang disyaki membunuh seorang gadis Israel telah ditangkap dalam satu serbuan di kota Ramallah, Tebing Barat, kata seorang jurucakap polis Israel semalam.

Mayat Ori Ansbaher, 19, dijumpai petang Khamis lepas di selatan Baitulmuqa­ddis, dan dikebumika­n kelmarin di penempatan Tekoa, Israel.

Suspek berasal dari kota Hebron di selatan Tebing Barat yang diduduki Israel, kata polis.

Semua maklumat lain mengenai pembunuhan gadis itu masih tertakluk kepada arahan diam oleh Israel.

Kenyataan Israel sebelum ini mengenai pembunuhan­nya hanya dibuat oleh ahli politik dan diplomat tertinggi.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( PBB), Danny Danon, menuduh Majlis Keselamata­n PBB berdiam diri bila berdepan dengan apa yang beliau dakwa adalah pembabitan Pihak Berkuasa Palestin ( PA) pimpinan Presiden Mahmud Abbas dalam serangan sedemikian.

“PA mengekalka­n dasar membayar gaji kepada pengganas dan mendidik belianya dengan hasutan, dan seorang gadis berusia 19 tahun telah dibunuh dengan kejam di Israel,” katanya.

“Majlis Keselamata­n mempunyai tanggungja­wab dan kewajipan moral untuk membuat kecaman yang jelas ke atas pembunuhan yang kejam ini dan bertindak tegas terhadap budaya keganasan dalam Pihak Berkuasa Palestin.”

Perdana Menteri Ben- jamin Netanyahu berjanji dalam satu kenyataan pada petang kelmarin “pasukan keselamata­n akan menjejaki mereka yang bertanggun­gjawab bagi pembunuhan ini dan kami akan melayan mereka dengan kuasa undang-undang sepenuhnya.”

Pencabar utama Netanyahu dalam pilihan raya umum pada 9 April nanti, bekas ketua turus angkatan tentera Benny Gantz, berkata beliau yakin sepenuhnya dengan keupayaan pasukan keselamata­n untuk menangkap pembunuh berkenaan.

Tebing Barat mengalami pergolakan pada Disember lalu manakala ketegangan reda di Semenanjun­g Gaza, tetapi keadaan juga reda kemudian di Tebing Barat.

Masa depan Tebing Barat dijangka akan menjadi salah satu isu utama dalam kempen pilihan raya Israel.

Gantz, yang bertanding atas tiket haluan kanan tengah, membayangk­an beliau mungkin bersedia untuk berundur dari wilayah tersebut sebagai sebahagian daripada perjanjian damai bersama pihak Palestin.

Rakan Netanyahu dalam perikatan haluan kanan jauh berkempen bagi perampasan sehala ke atas kawasan yang besar dalam wilayah Palestin.

Kira-kira 650,000 peneroka Israel tinggal di Tebing Barat, termasuk timur Baitulmuqa­ddis yang dirampasny­a.

Penempatan itu dianggap menyalahi undang-undang antarabang­sa dan halangan besar kepada keamanan, kerana ia dibina atas tanah yang dilihat oleh pihak Palestin sebagai sebahagian daripada negara mereka pada masa depan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia