Utusan Borneo (Sarawak)

Timbalan Gabenor Virginia hadapi tuduhan seksual kedua

-

Seorang lagi wanita menuduh Timbalan Gabenor Virginia melakukan kesalahan seksual, media Amerika Syarikat (AS) melaporkan kelmarin, untuk memburukka­n lagi kemelut politik di negeri timur AS itu.

Timbalan Gabenor Justin Fairfax adalah calon seterusnya untuk memegang jawatan gabenor jika Gabenor Ralph Northam yang menghadapi tekanan yang kuat untuk meletak jawatan berhubung satu gambar buku tahunan yang rasis membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Akhbar The Washington Post melaporkan seorang wanita Maryland menuduh Fairfax melakukan serangan “yang dirancang awal dan agresif” ketika kedua- dua mereka masih menjadi pelajar mahasiswa di Universiti Duke pada 2000, manakala CNN berkata wanita itu menuduh Fairfax merogolnya.

Dakwaan itu dibuat selepas seorang lagi wanita menuduh Fairfax melakukan kesalahan seksual berhubung satu kejadian seksual yang mereka alami dalam sebuah bilik hotel 15 tahun lalu, sesuatu yang Fairfax dakwa adalah “100 peratus suka sama suka”.

Fairfax, seorang Demokrat berusia 39 tahun, memenangi pilihan raya pada November lalu bersama Northam, yang terpaksa berjuang untuk kelangsung­an politik sejak kemunculan sebuah buku tahunan 1984 yang memaparkan sebuah gambar rasis pada muka surat yang diabadikan kepadanya.

Selepas pada mulanya menyatakan dia ada dalam gambar itu yang menunjukka­n seorang lelaki berwajah hitam di sebelah seorang lagi lelaki yang memakai jubah dan penutup kepala Klu Klux Klan, Northam sekarang menafikan dia ada dalam gambar tersebut, dan setakat ini masih tidak men- gendahkan seruan agar dia meletak jawatan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERDEPAN TUDUHAN: Fairfax (tengah) tiba di tingkat Senat di Virginia State Capitol kelmarin di Richmond, Virginia. Politik negeri Virginia mengalami pergolakan selepas Gabenor Ralph Northam dan Ketua Peguam Negeri Mark Herring mengakui pernah menggunaka­n wajah hitam pada masa lalu dan Fairfax dituduh melakukan kesalahan seksual.
— Gambar AFP BERDEPAN TUDUHAN: Fairfax (tengah) tiba di tingkat Senat di Virginia State Capitol kelmarin di Richmond, Virginia. Politik negeri Virginia mengalami pergolakan selepas Gabenor Ralph Northam dan Ketua Peguam Negeri Mark Herring mengakui pernah menggunaka­n wajah hitam pada masa lalu dan Fairfax dituduh melakukan kesalahan seksual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia