Utusan Borneo (Sarawak)

Penembak maut enam jemaah masjid di Quebec dihukum penjara seumur hidup

-

Seorang lelaki berusia 29 tahun yang menembak mati enam anggota jemaah di sebuah masjid di Quebec City dalam serangan anti-Muslim terburuk di dunia Barat telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kelmarin.

Alexandre Bissonnett­e perlu menunggu selama 40 tahun, lebih lama berbanding kebiasaan sebelum dia dapat memohon parol.

Dalam keputusann­ya, Hakim Francois Huot menolak permohonan pendakwaan bagi hukuman penjara selama 150 tahun, yang paling lama dalam sejarah Kanada jika ia diluluskan, dengan menyatakan “mengenakan pembunuhan dengan hukuman yang melebihi jangka hayatnya” adalah hukuman yang kejam dan luar biasa di bawah undangunda­ng Kanada.

Namun beliau turut mengambil kira kebencian pembunuh itu yang “meluapluap terhadap pendatang Muslim”.

“Anda membunuh enam rakan senegara anda kerana mereka berbeza daripada anda,” kata Huot dalam mahkamah.

“Dengan kebencian dan sikap perkauman anda, anda telah memusnahka­n kehidupan mereka, kehidupan anda dan kehidupan ibu bapa anda, dan jenayah yang anda telah lakukan sewajarnya menerima kecaman yang tertinggi,” katanya.

Bissonnett­e, seorang pelajar universiti pada waktu dia melancarka­n serangan, dipercayai telah dipengaruh­i ideologi nasionalis dan ketuanan untuk melakukan pembunuhan “yang tidak wajar dan berdarah” ini yang cuba “menggugat nilai-nilai asas masyarakat”, kata hakim.

Serangan di Pusat Kebudayaan Islam Quebec dalam kawasan kejiranan sepi SainteFoy di bandar raya tertua di Kanada, katanya, akan terpahat dalam sejarah Kanada “dalam tulisan darah” sebagai salah satu tragedi paling buruk di negara itu.

Ketika keputusan setebal 246 muka surat dibaca dalam tempoh enam jam, Bissonnett­e duduk dengan senyap dalam bilik mahkamah yang sesak, sambil merenung kakinya manakala ibu bapanya dan beberapa rakan dan keluarga mangsa mengesat air mata.

Di luar bilik mahkamah, Aymen Derbali, yang menjadi cacat ekoran serangan berkenaan, berkata dia “sangat kecewa dan terkejut” kerana Bissonnett­e tidak dihukum dengan lebih berat lagi.

“Saya telah mengharapk­an keadilan bagi mangsa, bagi orang yang terkorban, dan agar hukuman mencermink­an keseriusan jenayah,” katanya.

“Ini adalah satu serangan yang sangat serius dalam sebuah tempat ibadat.”

Dikeliling­i anggota yang mengadu tentang hakikat bahawa mereka akan berdepan dengan Bissonnett­e di pendengara­n parol pada masa depan dan menghidupk­an semula tragedi itu, presiden masjid Boufeldja Benabdalla­h berkata: “Kami terkejut sama sekali.”

Pada 29 Januari 2017, Bissonnett­e menyerbu masjid di Quebec City berkenaan dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke atas 40 lelaki dan empat kanak-kanak yang sedang berbual dengan satu sama lain selepas solat Maghrib.

Rakaman video keselamata­n menunjukka­n seorang pembunuh kejam secara strategik dan teliti melepaskan puluhan tembakan, berundur ke kawasan selamat untuk mengisi semula peluru pistol sembilan- milimetern­ya sekurang-kurangnya empat kali, “seakan-akan dia bermain permainan video”, kata seorang saksi.

Enam lelaki maut dan lima lagi cedera serius.

Mangsa merupakan dwiwargane­gara yang berhijrah ke Kanada sejak beberapa dekad lalu: dua warga Algeria, dua warga Guinea, seorang warga Maghribi dan seorang warga Tunisia.

Mereka merupakan seorang sarjana, seorang tukang sembelih, seorang pengusaha taska, seorang pekerja industri makanan, seorang penjawat awam dan seorang pengaturca­ra komputer, semua dihubungka­n oleh kepercayaa­n.

Bissonnett­e, yang suka memendam rasa dan berpendidi­kan, digambarka­n selepas penangkapa­nnya sebagai seorang aktivis ketuanan orang putih yang menentang imigresen Muslim tetapi tidak bersekutu dengan mana-mana kumpulan.

Pada permulaan perbicaraa­nnya pada 2017, dia berkata dia rasa mahu membunuh diri, “dilamun ketakutan dan rasa putus asa yang teruk” dan amat menyesali tindakanny­a “yang tidak dapat diampuni”.

Dia juga memberitah­u mahkamah, dia mengharapk­an “sinaran harapan pada hujung terowong yang jauh dan gelap di mana saya kehilangan diri pada 29 Januari”.

Mangsa selamat memberikan keterangan tentang saat-saat serangan yang menakutkan selain penderitaa­n mereka sejak serangan itu: seorang meninggalk­an kesan darah pada lantai ketika dia mengheret diri ke tempat bersembuny­i, seorang lagi masih rasa sakit akibat serpihan peluru yang masih ada dalam kakinya selepas pembedahan.

Ramai berkata mereka mengalami keresahan, termasuk seorang lelaki yang menyatakan dia kini menentukan pintu keluar yang selamat setiap kali dia pergi ke kedai kopi atau kedai runcit. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPENJARA SEUMUR HIDUP: Bissonnett­e, suspek dalam kejadian tembakan di sebuah masjid tiba di mahkamah di Quebec City, Kanada pada 21 Februari 2017.
— Gambar Reuters DIPENJARA SEUMUR HIDUP: Bissonnett­e, suspek dalam kejadian tembakan di sebuah masjid tiba di mahkamah di Quebec City, Kanada pada 21 Februari 2017.
 ??  ?? AYMEN DERBALI
AYMEN DERBALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia