Utusan Borneo (Sarawak)

Parti politik Thailand akan mematuhi perintah raja

Halang pencalonan seorang puteri untuk jawatan perdana menteri yang dianggap bertentang­an tradisi dan budaya negara

-

BANGKOK: Sebuah parti politik Thailand akan mematuhi perintah daripada raja yang menghalang pencalonan seorang puteri untuk jawatan perdana menteri, ia menyebut dalam satu kenyataan semalam, dalam penarikan dramatik hanya sehari sahaja selepas parti itu mengemukak­an puteri tersebut untuk jawatan berkenaan.

“Parti Thai Raksa Chart patuh kepada perintah diraja,” ia menyebut dalam satu mesej LINE kepada pemberita.

Kenyataan itu menambah, parti itu bersedia untuk melaksanak­an kewajipann­ya berhubung “tradisi dan adat diraja” di bawah monarki berperlemb­agaan Thailand.

Pengumuman itu membatalka­n hasrat luar bisa Puteri Ubolratana untuk menjadi perdana menteri dalam pilihan raya pada Mac dan dibuat selepas teguran yang luar biasa mengenai pencalonan beliau dibuat oleh adinda beliau yang juga raja Thailand, Raja Maha Vajiralong­korn.

Thai Raksa Chart mengumumka­n puteri itu sebagai calon mereka pada pagi kelmarin dalam langkah yang cuba menggegark­an kedudukan semasa dan mengancam cita- cita junta yang telah memerintah Thailand sejak ia mengguling­kan pentadbira­n Yingluck Shinawatra dalam satu kudeta pada 2014.

Namun raja T hai menghalang usaha itu dalam satu kenyataan yang tajam lewat kelmarin yang menyebut membawa masuk anggota kanan kerabat diraja ke dalam politik adalah bertentang­an dengan tradisi, budaya negara dan “amat tidak wajar sekali”.

Thailand memiliki beberapa undang-undang ‘lese majeste’ yang paling keras di dunia dan kata-kata raja dianggap sebagai muktamad.

Penganalis­is sudah memberi amaran awal bahawa kenyataan istana telah menggagalk­an peluang puteri itu.

“Penolakan istana membatalka­n pencalonan beliau,” kata Puangthong Pawakapan, profesor sains politik di Universiti Chulalongk­orn, sebelum pengumuman Thai Raksa Chart.

Thailand merupakan sebuah monarki berperlemb­agaan dan tidak pernah menyaksika­n kerabat diraja bertanding untuk jawatan awam sejak 1932.

Puteri berusia 67 tahun itu tidak menyebut tentang teguran diraja pada pagi semalam ketika beliau mengucapka­n terima kasih kepada penyokong dalam akaun Instagramn­ya yang diikuti ramai dan berkata dengan samar-samar bahawa beliau mahu Thailand “bergerak ke hadapan”.

Ketua junta Prayut ChanO-Cha, ketua kudeta yang mengguling­kan pentadbira­n Yingluck Shinawatra, turut menyatakan beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi berkenaan kelmarin.

Tindakan Ubolratana mengucar-kacirkan nasib Prayut buat seketika tetapi tindakan istana menjelaska­n ia tidak menyokong pencalonan beliau.

Raja tidak mengkritik adinda baginda secara langsung dan seakan- akan menumpukan teguran kepada ahli part politik yang membawa puter itu masuk.

Thai Raksa Chart bersekutu dengan Yingluck dan abangnya Thaksin, yang digulingka­n oleh tentera pada 2006.

Penganalis­is mengandaik­an Thaksin dan parti itu tidak akan mengambil langkah sedemikian tanpa kebenaran diraja. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERTENTANG­AN TRADISI: Sebuah parti politik di Thailand akan mematuhi perintah daripada raja yang menghalang pencalonan Puteri Ubolratana (dalam gambar) untuk jawatan perdana menteri, dalam penarikan dramatik hanya sehari sahaja selepas parti itu mengumumka­n puteri tersebut untuk jawatan berkenaan.
— Gambar AFP BERTENTANG­AN TRADISI: Sebuah parti politik di Thailand akan mematuhi perintah daripada raja yang menghalang pencalonan Puteri Ubolratana (dalam gambar) untuk jawatan perdana menteri, dalam penarikan dramatik hanya sehari sahaja selepas parti itu mengumumka­n puteri tersebut untuk jawatan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia