Utusan Borneo (Sarawak)

Penjara seumur hidup terhadap pelukis landskap Kanada bunuh lapan lelaki

-

Seorang pelukis landskap di Kanada telah dipenjara seumur hidup kelmarin atas kesalahan membunuh dan melakukan pencacatan seksual ke atas lapan lelaki dari komuniti gay di Toronto sebelum dia memotong dan menyembuny­ikan mayat mereka dalam pasu.

Bruce McArthur, yang mengakui melakukan pembunuhan itu pada bulan lepas, akan berusia dalam lingkungan 90-an sebelum dia layak untuk parol daripada lapan hukuman penjara selama 25 tahun yang berjalan serentak.

Hakim Mahkamah Tinggi Ontario John McMahon berkata dia kemungkina­n besar tidak akan dibebaskan.

Pembunuhan bersiri di Toronto itu mengejutka­n Kanada dan komuniti gay di sana, dan Datuk Bandar John Tory memanggil McArthur “raksasa yang mencari mangsa di bandar raya ini”.

Pembunuh berusia 67 tahun itu duduk dengan diam, tangan dilipat atas pahanya, manakala barisan penyiasat polis – yang menjalanka­n siasatan yang terbongkar pada tahun lepas untuk menjadi siasatan terbesar dalam sejarah Toronto – menyaksika­n perbicaraa­n dari barisan kerusi di belakang tertuduh.

Mangsa McArthur adalah seorang bekas kekasih, dua pendatang Afghan, dua pelarian dari Sri Lanka dan seorang lagi dari Iran, seorang warga Turki, dan seorang pekerja seks yang merempat. Semua hilang antara 2010 hingga 2017.

Hakim berkata McArthur tidak menunjukka­n sebarang rasa kesal menyasari lelaki lemah yang hidup di pinggir masyarakat, ada di antaranya yang mengalami ketagihan dadah dan bergelut dengan seksualiti mereka yang tersembuny­i.

“Keupayaan untuk memenggal kepala, memotong mangsanya dan melakukann­ya berulang kali, adalah kejahatan yang tulen,” katanya.

Ketika polis menyerbu pangsapuri pembunuh itu pada Januari 2018, mereka menjumpai seorang pemuda yang diikat pada katil tetapi tidak cedera yang nyaris menjadi mangsa kesembilan, kata hakim.

Siasatan itu kemudian mem- bawa polis kepada puluhan hartanah di mana McArthur bekerja, untuk digali bag mencari bukti.

Beberapa anggota komunit gay memberitah­u pemberita di luar bangunan mahkamah mereka kecewa kerana McArthur tidak menerima hukuman yang lebih keras, manakala anggota lain menerima hakikat bahawa dia kemungkina­n akan mati dalam penjara.

Pendakwaan telah memohon hukuman penjara minimum selama 50 tahun.

Kes “dahsyat” ini, kata seorang lelaki, telah menyelubun­gi komuniti gay yang erat di Toronto dengan “kekecewaan dan ketakutan”.

Mahkamah dimaklumka­n McArthur mencekek mangsanya, dan pembunuhan “bersifat seksual”.

Bahagian badan tujuh mangsa dijumpai disembuny di dalam pasu besar yang disimpan oleh McArthur d rumah seorang pelanggan d bahagian tengah Toronto.

Mayat mangsa kelapan kemudian dijumpai dalam jurang di belakang rumah tersebut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia