Utusan Borneo (Sarawak)

Darurat diisytihar sekitar Wakefield, kebakaran merebak

-

Seluruh penduduk sebuah kampung seramai 3,000 orang dipindahka­n di New Zealand semalam apabila kebakaran hutan mengancam kediaman, dan anggota bomba berkata mereka berada “dalam tangan Tuhan”.

Keadaan darurat diisytihar­kan sekitar bandar Wakefield apabila kebakaran, yang memusnahka­n kawasan desa yang kering dalam wilayah Nelson, di bahagian atas South Island, merebak sehingga lingkungan 10 kilometer dari kawasan perumahan berkenaan.

Ia telah membakar kirakira 2,100 hektar kawasan hutan pain dan belukar sejak ia bermula dalam daerah luar bandar yang kering kontang berkenaan Selasa lepas.

Ketua polis wilayah Zane Hooper mengesahka­n mereka berjaya melaksanak­an “evakuasi Wakefield yang teratur” manakala ketua bomba John Sutton berkata titik bahaya yang genting mungkin akan tiba hari ini (Ahad).

“Sejujurnya saya bimbang mengenai esok,” kata Sutton.

“Kita berada di tempat yang agak strategik pada hari ini, tetapi kita berada dalam tangan Tuhan dari segi angin. Jika kita ada angin sekitar 50 kilometer sejam pada hari ini, kita ada masalah.”

Helikopter yang digunakan untuk memadamkan kebakaran kadang- kadang dilencongk­an untuk mencurah air ke atas api yang bermula di wilayah berkenaan, termasuk kebakaran di atas bukit yang diliputi pokok dan bersempada­n dengan bandar Nelson yang mempunyai kira-kira 50,000 penduduk.

 ?? — Gambar Reuters ?? MEMADAM KEBAKARAN: Anggota bomba pasukan pertahanan New Zealand memadamkan kebakaran Richmond dekat Nelson, South Island, New Zealand kelmarin.
— Gambar Reuters MEMADAM KEBAKARAN: Anggota bomba pasukan pertahanan New Zealand memadamkan kebakaran Richmond dekat Nelson, South Island, New Zealand kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia