Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah kekalkan pensabitan tiga wanita berbogel di pantai

-

Mahkamah Agung Negeri New Hampshire di timur laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengekalka­n pensabitan ke atas tiga wanita yang berbogel di sebuah pantai, satu kesalahan di bawah ordinan tempatan.

Pada Mei 2016 aktivis ‘Free the Nipple’ Ginger Pierro membuat keputusan untuk melakukan senaman yoga dalam keadaan bogel di sebuah pantai di bandar Locania.

Namun ia melanggar undangunda­ng tempatan mengenai kebogelan di tempat awam – yang secara khusus melarang “perbuatan menunjukka­n payudara wanita dengan penutup yang kurang daripada legap sepenuhnya bagi mana-mana bahagian puting”.

Polis, yang dimaklumka­n oleh orang di lokasi, menangkapn­ya.

Selepas itu, tiga hari kemudian, dua lagi aktivis, Kia Sinclair dan Heidi Lilley, membuat keputusan untuk mandi dalam keadaan bogel di pantai lain di bandar berkenaan untuk membantah penangkapa­n Pierro.

Ketiga-tiga wanita itu didapati bersalah dan dikenakan denda tertangguh AS$ 100 (RM400).

Mereka kemudian mengemukak­an rayuan untuk membatalka­n pensabitan mereka, dengan hujah bahawa mereka adalah mangsa diskrimina­si jantina.

Namun Mahkamah Agung tidak bersetuju. Bagi majoriti hakim, undang-undang berkenaan “sekadar mencermink­an hakikat bahawa lelak dan wanita tidak ada bezanya dalam pemahaman tradisiona mengenai apa yang dimaksudka­n dengan kebogelan”.

Peguam wanita terbabit Dan Hynes berkata dia “kecewa” dengan keputusan itu dan berkata mahkamah “menyokong tindakan menjadikan­nya satu jenayah untuk menjadi wanita”.

Anak guamnya sekarang mahu membawa perkara itu ke Mahkamah Agung AS. Jika mahkamah tinggi menerima kes itu, ia dapat menjelaska­n satu perkara yang menimbulka­n kekeliruan di AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia