Utusan Borneo (Sarawak)

Proton serah 1,000 unit X70 dalam tempoh sehari

Diadakan di 74 pusat 3S/4S Proton seluruh negara

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) melakar satu lagi kejayaan bermakna apabila menyerahka­n sebanyak 1,000 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 kepada pelanggan dalam tempoh sehari pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Acara tersebut diadakan di 74 pusat 3S/4S Proton di serata negara pada 2 Februari lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Proton berkata para pelanggan terbabit turut diberi taklimat mengenai keunikan SUV pertama syarikat itu selain diajar menggunaka­n ciri-ciri tersebut.

“T a k l i m a t s e c a r a komprhensi­f itu dilakukan oleh pengurus pascajuala­n di setiap cawangan terbabit bagi memberi pemahaman lebih terperinci mengenai kenderaan tersebut.

“Ini bagi memastikan pemilik kenderaan itu dapat memaksimum­kan keseronoka­n pemanduan masing- masing dengan memanfaatk­an ciri- ciri keselesaan, kemudahan dan keselamata­n yang disediakan oleh X70,” kata Proton. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia