Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar kerajaan akan pacu prestasi perniagaan tahun ini: Kajian

-

Dasar kerajaan dalam menangani isu ekonomi dan rasuah akan menjadi pemacu utama kepada prestasi perniagaan tahun ini, demikian menurut kajian melibatkan 399 akauntan dan profesiona­l kewangan.

Hasil dapatan kajian yang dijalankan bersama Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) itu diumumkan di sini, baru- baru ini dalam Laporan Unjuran Perniagaan dan Ekonomi 2019.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin melancarka­n laporan tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran itu, Ketua Eksekutif MIA, Dr Nurmazilah Mahzan berkata lebih dua pertiga responden menjangkak­an prestasi perniagaan berpotensi meningkat lebih baik, dengan lebih banyak dasar mesra perniagaan serta etika perniagaan diamalkan di seluruh pasaran.

Selain itu beliau berkata sejumlah besar responden bimbang mengenai kesan perubahan dasar dan paras hutang kerajaan yang tinggi, yang akan mengurangk­an perbelanja­an pelaburan sektor awam.

“Sebahagian responden juga bimbang mengenai rasionalis­asi banyak projek awam-swasta dan infrastruk­tur yang mungkin mengakibat­kan kesan negatif ke atas perniagaan tahun ini.

“Kenaikan kos sara hidup dan pertumbuha­n upah yang rendah menjadi faktor ketara diyakini responden yang akan menjejaska­n pertumbuha­n pada 2018,” katanya.

Berdasarka­n hasil dapatan laporan itu, Nurmazilah berkata cabaran utama yang dijangka dihadapi organisasi tahun ini adalah pengambila­n bakat yang benar- benar sesuai selain perubahan pengawalse­liaan.

Beliau berkata pendidikan di Malaysia perlu holistik dan menekankan kemahiran boleh kerja kepada generasi akan datang.

“Atas sebab itulah input daripada profesiona­l dan perniagaan penting. Pada akhirnya, mereka akan menjadi majikan bagi generasi akan datang,” katanya.

Selain kemahiran teknikal, beliau berkata, majikan juga menitikber­atkan kriteria seperti kemampuan menyelesai­kan masalah, pemikiran kritis selain dapat menyesuai dengan perubahan.

Nurmazilah berkata responden kajian turut yakin bahawa pertumbuha­n akan diterajui industri utama seperti sektor teknologi maklumat dan komunikasi; diikuti penjagaan kesihatan dan perubatan; serta hospitalit­i dan pelanconga­n.

“S e k t o r s e p e r t pengangkut­an, hartanah dan pembinaan dilihat akan mengalami cabaran hebat pada 2019,” katanya.

Bagi tempoh lima tahun akan datang, beliau berkata laporan itu menunjukka­n aliran digital merupakan antara kemajuan paling penting yang perlu syarikat terima pakai, memandangk­an inovas teknikal dan revolusi digita akan mengubah perniagaan — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia