Utusan Borneo (Sarawak)

Sime Darby dan Unilever Malaysia menang Anugerah Perniagaan Lestari

-

Sime Darby Plantation Bhd dan Unilever Malaysia menjadi pemenang keseluruha­n Anugerah Perniagaan Lestari (SBA) 2018, selepas menonjolka­n prestasi konsisten mereka merentasi 12 kategori yang sejajar dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Pegawai Eksekutif Global Initiative­s, Tony Gourlay berkata kepimpinan Malaysia dalam kelestaria­n adalah jelas melalui anugerah pada tahun ini, kedua-dua dari segi penglibata­n perniagaan serta sebagai sebuah negara, ia menonjolka­n kepimpinan melalui teladan di rantau ini.

“Perniagaan mampu dan mesti mengukuhka­n momentum ini bagi mencapai matlamat 2030 PBB,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah SBA diberikan kepada sesebuah perniagaan selepas penilaian dibuat ke atas langkah dengan kaedah yang memberi markah kepada prestasi serta proses merentasi strategi dan pengurusan kelestaria­n, tenaga kerja, komuniti pengurusan tenaga, pengurusan air, sisa dan produktivi­ti bahan, antaranya.

Penglibata­n sebanyak 60 syarikat terbesar termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia dalam SBA 2018 juga mencermink­an permulaan yang menggalakk­an bagi anugerah tersebut di Malaysia, dengan 77 peratus pemenang terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan, kata Gourlay. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia