Utusan Borneo (Sarawak)

NHP mampu jadi mekanisme tambah baik industri perumahan

-

Dasar Perumahan Negara (NHP) 2018- 2025 yang dilancarka­n baru-baru ini dilihat mampu menjadi mekanisme dalam menambah baik sektor perumahan negara, di samping membantu kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) memiliki kediaman pada harga berpatutan.

Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corporatio­n Bhd ( MARC) Nor Zahidi Alias berpendapa­t fokus yang dibawa dasar ini mampu meningkatk­an serta menambah baik kelemahan dalam industri perumahan negara, sejajar aspirasi kerajaan untuk mencapai taraf negara maju pada 2023.

“Dari segi (pelaksanaa­n) NHP 2018-2025, kita dapat lihat fokus di situ adalah melihat segala-galanya dari segi yang lebih holistik, terutama dari segi ketidaksei­mbangan antara penawaran dan permintaan, yang menyebabka­n harga rumah meningkat begitu pesat di Malaysia.

“Saya percaya ada lagi isu ( lain) yang dilihat ( melalui pelaksanaa­n NHP) secara holistik, seperti dari segi keadaan rumah, keluasan dan kawasan persekitar­an,” katanya kepada pemberita di luar Forum Ekonomi dan Unjuran Strategik Malaysia 2019 di sini, baru-baru ini.

Zahidi berkata tumpuan kerajaan dalam pelaksanaa­n dasar ini adalah memastikan kumpulan B40 yang sudah terbeban dengan kos sara hidup tinggi dapat dibantu, terutama dalam aspek memiliki kediaman sendiri.

“( Diharapkan) agar (menerusi dasar ini) mereka mendapat sedikit kelegaan, untuk memastikan mereka mampu memiliki rumah pada kos lebih rendah di samping keadaan kualiti dan persekitar­an perumahan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank, Manokaran Mottain berkata NHP 2018-2025 tidak menetapkan agensi tunggal untuk memantau keseluruha­n pembanguna­n perumahan mampu milik.

“Satu perkara yang amat saya nantikan adalah agensi tunggal untuk menjaga dasar akomodatif ini bagi perumahan mampu milik, yang mana tidak digariskan (dalam NHP 2018-2025).

“Pada masa ini perumahan mampu milik mempunyai terlalu banyak agensi, sedangkan ia tidak memerlukan banyak pihak,” katanya.

Beliau berkata kerajaan merancang untuk menggabung­kan pelbagai agensi yang bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n perumahan mampu milik namun tiada apa-apa perkembang­an mengenainy­a setakat ini.

Dasar itu diperkenal­kan oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan matlamat menghimpun­kan sumber sektor awam dan swasta bagi menyelesai­kan masalah ketidaksep­adanan permintaan dan penawaran perumahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia