Utusan Borneo (Sarawak)

IPay88 sasar untuk gandakan jumlah transaksi pada 2019

-

Penyedia penyelesai­an pembayaran, iPay88 Holdings Sdn Bhd, menyasarka­n untuk menggandak­an jumlah transaksi tahun ini, menerusi pelancaran e-wallet baharu dan sektor baharu yang memanfaatk­an platform digital.

Pengarah Eksekutif Chan Kok Long berkata pada 2018, syarikat merekodkan sebanyak 52.45 juta transaksi yang berjaya, bernilai RM7 bilion, dengan transaksi tertinggi sebanyak 6.9 juta direkodkan pada Disember.

Ini hampir sekali ganda berbanding 28.7 juta transaksi bernilai RM4.8 bilion, dicatatkan pada 2017.

“Kesediaan industri baharu untuk memanfaatk­an pembayaran digital adalah tinggi.

“Jadi, kuncinya adalah penyelesai­an, kami perlu berterusan mewujudkan penyelesai­an baharu untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya pada taklimat media mengenai ’unjuran data E-Perdaganga­n 2018’ di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata telefon pintar terus menjadi gajet pilihan bagi pengguna dengan 40.8 juta transaksi direkodkan pada 2018, selepas ia mengambil alih peranan desktop pada 2016.

“Sepanjang 2018, transaksi desktop kekal hampir sama, purata 2.5 juta setiap suku.

“Adalah penting untuk perniagaan mengambil perhatian akan nombor in dan memastikan mereka mempunyai pengalaman mudah alih yang terjamin dan mudah untuk pelanggan mereka atau mereka berisiko kehilangan peluang perniagaan kepada pesaing yang lebih mahir tentang mudah alih,” katanya.

Selain itu, Chan berkata perbankan dalam talian keka menjadi kaedah pembayaran pilihan, dengan penggunaan perbankan dalam talian naik tiga kali ganda kepada 13.8 juta transaksi pada suku keempat 2018 berbanding transaksi kad kredit sebanyak 3.5 juta.

Sehubungan itu, katanya berlaku pertumbuha­n signifikan dalam penggunaan kad kredit pada suku keempat dengan transaksi berganda kepada 3.5 juta.

Antara produk yang merekodkan pertumbuha­n jualan tertinggi ialah suplemen dan penjagaan kesihatan (336 peratus), makanan dan minuman (75 peratus), pasar ( 71 peratus), hadiah dan barang niaga (69 peratus) perkhidmat­an pengiklana­n (50 peratus), penginapan (45 peratus) dan pengangkut­an (38 peratus.

“Bagi pihak kami, kam akan terus menyediaka­n kepada peniaga dan pelanggan kami aplikasi mudah alih dan sistem pembayaran yang lebih mudah untuk digunakan dan dilengkapi ciri inovatif mesra pengguna,” kata Chan — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia