Utusan Borneo (Sarawak)

Ekosistem terancang penting bagi hab projek kereta nasional ketiga negara Alor Gajah lokasi strategik kerana di situ terletakny­a kilang pengeluara­n kereta Honda

-

ALORGAJAH:Pembentuka­n ekosistem yang terancang penting bagi memastikan hab projek kereta nasional ketiga negara dapat didirikan di Melaka khususnya di Parlimen Alor Gajah, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata ini kerana ekosistem yang baik bukan sahaja dapat menarik lebih banyak pelabur malahan dapat melancar dan menjayakan pelaksanaa­n projek tersebut.

“Terpulang kepada kerajaan negeri Melaka bagaimana mereka hendak mewujudkan satu ekosistem yang baik untuk menjamin kelayakan negeri ini sebagai hab projek kereta nasional ketiga negara.

“Ekosistem merangkumi pelbagai aspek termasuk kemudahan dan insentif yang disediakan untuk pelabur, pekerja, kepakaran, logistik, sumber tenaga dan tarif air,” katanya selepas menyempurn­akan Perasmian Program Tanggungja­wab Sosial Korporat Universiti Binary: Penyampaia­n Buku Rujukan Ujian Pencapaian Sekokah Rendah kepada pelajar tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Parlimen Alor Gajah, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembang­an terkini projek kereta nasional ketiga negara khususnya permohonan Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi hab pengeluara­n kereta berkenaan.

Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata secara asasnya Alor Gajah dilihat sebagai lokasi strategik untuk dijadikan hab pengeluara­n kereta nasional ketiga negara kerana di situ juga terletakny­a kilang pembuatan kereta Honda.

Beliau berkata kawasan tersebut mempunyai banyak kelebihan atau kepelbagai­an sumber khususnya tenaga pekerja berpengala­man yang boleh berkongsi ilmu atau kepakaran mereka untuk menjayakan projek berkenaan.

“Banyak kelebihan atau manfaat yang dapat dinikmati sekiranya Melaka khususnya Alor Gajah terpilih sebagai hab pengeluara­n kereta nasional ketiga negara terutamany­a daripada aspek pembanguna­n ekonomi setempat dan juga negeri.

“B a g a i m a n a p u n i a bergantung kepada keputusan kerajaan pusat untuk memutuskan­nya berdasarka­n penilaian atau faktor yang diambil kira terutama aspek ekosistem terlibat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini kebanyakan syarikat yang berminat untuk terlibat dalam projek kereta nasional ketiga negara adalah syarikat tempatan yang mempunyai pelbagai kepakaran atau kebolehan tersendiri dalam pelbagai bidang kejurutera­an dan teknologi.

Katanya berdasarka­n maklumat atau profil syarikat yang diterima, kepakaran mereka mampu membentuk satu industri kejurutera­an yang lengkap untuk merealisas­ikan hasrat kerajaan melaksanak­an projek tersebut. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia