Utusan Borneo (Sarawak)

Hitachi Sunway Informatio­n lantik Naofumi Ito sebagai pengerusi, pengarah syarikat baharu

-

Hitachi Sunway Informatio­n Systems Sdn Bhd melantik Naofumi Ito sebagai pengerusi dan pengarah syarikat, berkuat kuasa 1 Januari, 2019.

Ito akan mengambil alih daripada Shigemi Nakamura yang merupakan pengerusi sejak Januari 2016.

“H i t a c h i S u n w a y mempunyai kedudukan yang kukuh dalam industri dan saya mahu meningkatk­an pertumbuha­nnya ke peringkat seterusnya.

“Saya berharap dapat menyumbang kepada matlamat, visi dan strategi syarikat serta mengembang­kan perniagaan secara berterusan d e n g a n m e m b a w a penyelesai­an strategik Hitachi untuk manfaat pelanggan kami, pemegang saham dan industri,” katanya dalam kenyataan.

Lulusan Pentadbira­n Perniagaan dari Meiji University of Japan, Ito mempunyai pengalaman dalam mengendali­kan bankbank terbesar di Jepun selain memegang jawatan dalam Hitachi Europe Limited (U.K), HitachieBw­orx Sdn Bhd (Malaysia) dan Hitachi Asia Limited ( Singapore). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia