Utusan Borneo (Sarawak)

CANTIK:

MyCar sasar muncul penyedia utama e-hailing di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Aplikasi e- hailing, MyCar menyasarka­n untuk muncul sebagai pembekal utama perkhidmat­an itu di negara ini menerusi pembukaaan beberapa cawangan baharu di serata Malaysia serta di luar negara.

Setakat ini, MyCar yang dimiliki sepenuhnya oleh anak tempatan, telah membuka cawangan Kota Kinabalu serta Langkawi dan disusuli Kuching dan Johor Baharu tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan pengguna dan pemandu MyCar.

“Pembukaan pejabatpej­abat cawangan ini akan memantapka­n lagi operasi MyCar selain memberi perkhidmat­an terbaik kepada pengguna dan juga pemandunya.

“Ini sejajar dengan perkembang­an MyCar yang bakal menjadi pemain utama perkhidmat­an e- hailing di Malaysia,” kata Pengarah Platforms Apps Sdn Bhd, Mohd Noah Maideen dalam satu kenyataan kelmarin.

Platform Apps merupakan pengasas MyCar.

MyCar yang digerakkan oleh 65,000 pemandu dan lebih 1.2 juta pengguna yang berdaftar di bawahnya, adalah platform e-hailing yang paling pesat berkembang selepas Grab.

“Walaupun baru sahaja menyambut ulang tahun pertama operasinya, MyCar berjaya menarik perhatian ramai serta organisasi kerajaan dan swasta. Ini termasuk menyaksika­nnya diiktiraf sebagai penyedia perkhidmat­an e-hailing rasmi di acara-acara seperti Royal Floria Putrajaya 2018, MAHA 2018 serta LIMA 19’ pada bulan Mac ini,” katanya.

Beliau berkata, MyCar turut mementingk­an aspek keselamata­n pengguna menerusi penubuhan jabatan pengurusan pemandu bagi mengendali­kan sebarang masalah dan disiplin pemandu serta penumpang dalam usaha mencegah kejadian jenayah dan salah laku.

Menerusi usaha itu, pengguna atau pemandu terbabit boleh menghubung­i talian 24 jam MyCar iaitu 03-76616208 bagi sebarang pertanyaan atau aduan.

MyCar juga menawarkan harga tetap ketika tempahan dan menawarkan Jaminan Pulangan Tambang jika terdapat perubahan harga ketika pembayaran. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? Bunga yang dipetik di ladang di perkampung­an Gyaspur sedia untuk dijual di Ahmedabad.
— Gambar AFP Bunga yang dipetik di ladang di perkampung­an Gyaspur sedia untuk dijual di Ahmedabad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia