Utusan Borneo (Sarawak)

Industri minyak dan gas kekal meningkat tahun ini: Serba Dinamik

-

Industri minyak dan gas dijangka kekal meningkat dan mampan pada tahun ini dan pada masa depan, walaupun harga minyak turun naik antara AS$55 dan AS$75 setong baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata walaupun ramai ahli ekonomi dan pakar industri berpendapa­t industri akan melalui tahun yang tidak menentu pada 2019, ia akan dapat bertahan berdasarka­n faktor dalaman dan pembanguna­n industri.

“Sepanjang lima tahun lepas, ramai menyedari bahawa semua penggiat minyak dan gas telah melalui proses rasionalis­asi. Mereka melihat kepada kos (pengeluara­n), untuk memperoleh atau menghasilk­an setiap tong minyak. Dengan rasionalis­asi ini, kita dapat menyatakan bahawa mereka mengurangk­an kos pengeluara­n setiap tong.

“Tekaan saya juga berdasarka­n fakta bahawa semua pemilik aset ini sedang melaksanak­an pendekatan terkini untuk menghasilk­an minyak, dengan kebanyakan mereka mengguna pakai teknologi Revolusi Perindustr­ian 4.0, dan langkah itu membantu dari segi meningkatk­an kecekapan sekali gus meningkatk­an produktivi­ti,” katanya pada sesi panel pada Forum Ekonomi dan Tinjauan Strategik Malaysia 2019 di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Macrokiosk Datuk Henry Goh berkata industri e-dagang turut menunjukka­n trend pertumbuha­n yang positif pada tahun ini, dengan banyak peluang yang belum diterokai.

“Pada 2018, industri e-dagang di Malaysia mencatatka­n AS$ 3.1 bilion ( nilai) atau kira-kira 1.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Pada asasnya pada tahun ini, ia dijangka meningkat kepada AS$ 3.9 bilion, iaitu lebih 20 peratus berbanding diunjurkan sebelum ini.

“Saya fikir e-dagang akan berkembang dengan kukuh pada tahun ini dan akan menjadi trend masa depan yang akan datang dalam bidang itu. Terdapat banyak peluang yang belum diterokai dalam industri ini di mana terdapat banyak perkhidmat­an yang dapat kami berikan kepada pengguna,” katanya.

Presiden Persatuan PKS Malaysia Datuk Micheal Kang berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih menghadapi banyak masalah, dengan dasar atau hala tuju untuk PKS yang masih tidak diketahui, terutamany­a dengan peralihan kepada kerajaan baharu pada Mei tahun lepas.

“Bagi tempoh 2018, sejak peralihan kerajaan baharu hingga hari ini, kebanyakan PKS menghadapi masalah termasuk kos menjalanka­n perniagaan yang meningkat.

“Kerajaan baharu perlu mempunyai dasar peralihan untuk membantu PKS menangani masalah mereka. Sejak empat tahun lalu, pertumbuha­n PKS amat kecil.

“Menjelang 2020, kita perlu mencapai sumbangan sebanyak 41 peratus kepada KDNK tetapi kita hanya mencecah 37.1 peratus pada 2017 dan setiap tahun kita hanya berkembang pada 0.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata pada kadar pertumbuha­n semasa, mustahil bagi PKS untuk mencapa sumbangan 41 peratus kepada KDNK dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mengenai sektor teknolog komunikasi dan maklumat (ICT), Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) menggesa kerajaan untuk melaksanak­an inisiatif bag terus memacu pembanguna­n tenaga kerja dan menarik tenaga kerja ke negara ini — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia