Utusan Borneo (Sarawak)

PSM gesa polis siasat penceroboh­an tanah berhampira­n Bukit Kledang

Tanah berkenaan milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan kerajaan negeri

-

IPOH: Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam membuat laporan polis berhubung penerokaan tanah secara haram milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan kerajaan negeri berhampira­n Bukit Kledang di sini.

Anggota PSM R. Mohanarani membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dengan ditemani kira-kira 20 anggota PSM.

Mohanarani dalam laporannya menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap peneroboh tanah seluas 10 hektar itu serta jabatan dan agensi penguat kuasa berkaitan sekiranya wujud kecuaian atau bersubahat dalam penceroboh­an itu.

“Laporan ini dibuat kerana kami mahu polis menyiasat macam mana pembersiha­n hutan seluas 10 hektar tidak dapat dikesan oleh mana-mana jabatan atau agensi penguat kuasa.

“Kemudian kami mahu polis menyiasat siapakah mereka (penceroboh) ini? Siapa yang tidak takut ditangkap atau didenda kerajaan kerana tem- pat itu bukan kecil dan bukan kawasan tersembuny­i seperti di kawasan hulu, siapa di belakang penceroboh ini?,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan negeri menjelaska­n kepada rakyat tentang tindakan jangka masa pendek dan panjang yang akan diambil untuk menangani penceroboh­an itu serta pelan pembanguna­n yang akan dilakukan di kawasan berkenaan.

“Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu jelaskan apa kerajaan akan lakukan untuk pastikan rakyat tidak terjejas akibat kejadian seperti tanah runtuh disebabkan penceroboh­an itu,” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Anuar Zainal Abidin mengeluark­an kenyataan bahawa kerja membaiki struktur tanah yang diteroka secara haram bagi tujuan perladanga­n kelapa sawit akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Anuar berkata pihak Penga- rah Jabatan Tanah dan Galian Perak telah mengarahka­n peneroka haram yang terlibat untuk membaiki semula struktur tanah bagi mengelakka­n sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.

Kelmarin, Ahmad Faizal meminta rakyat memberi masa kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih kawasan penerokaan haram tersebut dan mencari jalan penyelesai­an untuk memulihkan tanah yang telah diratakan bagi tujuan perladanga­n kelapa sawit itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak bergerak lancar semasa tinjauan menjelang akhir cuti Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak bergerak lancar semasa tinjauan menjelang akhir cuti Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia