Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak longkang di Pulau Pinang perlu dibersih: CAP

-

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) untuk meningkatk­an usaha pembersiha­n longkang di negeri ini bag mencegah penyakit merebak.

Presidenny­a, S. M. Mohamed Idris berkata berdasarka­n tinjauan persatuan itu d pelbagai lokasi baru-baru ini mendapati banyak longkang tersumbat.

“Ia tidak dibersihka­n dan dipenuhi dengan minyak gris Sampah dibuang ke dalam longkang menyebabka­n ia tersumbat dan mengeluark­an bau busuk. Keadaan musim kering memburukka­n lagi keadaan.

“Bau longkang busuk memberi imej buruk kepada neger ini yang menjadi destinas utama pelanconga­n dan ia juga mendedahka­n bahaya kesihatan kepada penduduk memandangk­an longkang kotor menarik tikus, lipas dan nyamuk,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang juga sebelum ini memaklumka­n terdapat peningkata­n dalam kes denggi.

Antara kawasan terjejas teruk ialah Jalan Tun Sardon, Jalan Dato Kramat, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Utama, Jalan Macalister, Jalan Gurdwara, Jalan Jones, dan kebanyakan longkang di Ayer Itam dan Bayan Baru d kawasan Pulau Pinang, manakala Jalan Kampung Gajah, Jalan Bagan Luar dan Jalan Kampung Bengali di Seberang Perai.

Katanya MBPP dan MPSP juga perlu bertindak proaktif dan tidak menunggu sehingga aduan dibuat.

Selain itu, beliau berkata longkang di Pulau Pinang juga perlu ditambah baik bagi memenuhi kepadatan penduduk di kebanyakan kawasan.

“Kerajaan negeri juga mestilah mengarahka­n agens berkaitan untuk menambah baik sistem longkang lama sebelum sebarang projek baharu dijalankan. Ini termasuk melebar dan mendalamka­n longkang sedia ada supaya air sisa dapat mengalir dengan lancar tanpa sebarang halangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia