Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja baiki struktur tanah berhampira­n Bukit Kledang dalam waktu terdekat

-

Kerja-kerja membaiki struktur tanah berhampira­n Bukit Kledang, di sini, yang telah diteroka secara haram bagi tujuan perladanga­n kelapa sawit akan dimulakan dalam waktu terdekat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) Anuar Zainal Abidin berkata pihak Pengarah Tanah dan Galian Perak telah mengarahka­n peneroka haram yang terlibat untuk membaiki semula struktur tanah bagi mengelakka­n sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.

“Arahan itu merangkumi pembinaan saliran longkang dan penanaman semula pokok bagi mengelakka­n daripada berlakunya hakisan cerun.

Bagi memastikan keselamata­n kawasan berkenaan terkawal, pihak MB Inc juga telah menempatka­n anggota polis bantuan bagi meman- tau keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam kelmarin.

Katanya arahan itu dikeluarka­n susulan penemuan aktiviti penerokaan haram di tanah seluas kira-kira 10 hektar milik MB Inc dan kerajaan negeri berhampira­n Bukit Kledang.

Khamis lalu, Anuar mengesahka­n wujud aktiviti penerokaan tanah haram berhampira­n bukit berkenaan melibatkan seba- hagian dari tanah hak milik perbadanan berkenaan.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kelmarin meminta rakyat memberi masa kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih kawasan penerokaan haram tersebut.

Beliau berkata pihaknya sedang mencari jalan penyelesai­an untuk memulihkan tanah yang telah diratakan bagi tujuan perladanga­n kelapa sawit itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia