Utusan Borneo (Sarawak)

Sandakan rekod 129 kes denggi sejak awal tahun

Masyarakat digesa luang masa bersih kawasan rumah

-

SANDAKAN: Sandakan merekodkan 129 kes denggi sejak awal tahun ini sehingga 2 Feb lepas.

Menurut Pegawai Kesihatan Sandakan Dr Johari Awang Besar, 14 lokaliti wabak denggi turut dikesan dalam tempoh itu, yang mana Taman Mesra merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 39 kes.

“Selain Taman Mesra, lokaliti wabak lain ialah Taman Merpati Baru, Kampung Forest di Jambatan ABC, Kampung Forest di Jambatan DEF, Kampung Bahagia, Taman Fajar Fasa 2 dan Taman Fajar Fasa 4.

“Wabak denggi juga dikesan di Kampung Tinusa 2 Darat, Old Slipway di pusat bandar Sandakan, Kampung Berhala Darat, Astana Heights, Taman Sri Labuk, Bandar RamaiRamai dan Perumahan Murah Sim- Sim,” katanya kepada pemberita selepas gotong-royong membersihk­an Taman Mesra di sini semalam.

Turut terlibat dalam gotongroyo­ng itu ialah Pejabat Kesihatan Sandakan, Majlis Perbandara­n Sandakan, anggota tentera dan penduduk taman.

Dr Johari merayu kepada masyarakat supaya meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk membersihk­an kawasan rumah, khususnya kawasan takungan air yang menjadi pembiakan nyamuk aedes.

Beliau turut memohon kerjasama masyarakat untuk mem- benarkan pasukan daripada Pejabat Kesihatan Sandakan untuk membuat semburan kabus (fogging) bagi membunuh nyamuk aedes.

“Kerjasama penduduk masih belum memuaskan kerana ada yang enggan memberi kerjasama untuk pihak Pejabat Kesihatan masuk rumah membuat pemeriksaa­n bagi mencari tempat pembiakan jentik-jentik, seterusnya menghapusk­annya,” katanya.

Dr Johari juga menggesa masyarakat untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital jika mengalami demam, sakit otot atau sendi, sakit belakang mata dan kepala kerana dikhuatiri demam denggi. — Bernama

 ??  ?? DAPATKAN SEGERA: Kenny (tiga kiri) menunjukka­n borang permohonan bantuan khas sambil merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir dan warga Kementeria­n Kewangan selepas sidang media berkenaan.
DAPATKAN SEGERA: Kenny (tiga kiri) menunjukka­n borang permohonan bantuan khas sambil merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir dan warga Kementeria­n Kewangan selepas sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia