Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan lelaki Indonesia terlibat dadah

-

Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia disyaki pengedar dadah dalam satu serbuan Ops Tapis di Kampung Panji di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasir Mansor ber- kata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama 31.20 gram dadah jenis Syabu dalam kejadian 9.15 pagi.

“Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dengan anggota operasi.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek menemukan dua paket lutsinar dipercayai Syabu di dalam poket belakang sebelah kanan seluar jeans dipakai suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia