Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli peladang sokong keputusan PPN Sabah buat laporan polis

-

Ahli-ahli peladang di sini menyokong keputusan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah membuat laporan polis terhadap Ketua Pentadbir Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Ahli peladang Unit Malalia, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sipitang, Wahid Miasin berkata, keputusan PPN Sabah amat tepat kerana melindungi kepentinga­n ahli- ahli peladang.

“Ahli-ahli peladang selaku pemegang saham dalam PPN dan NAFAS perlu dilingungi kepentinga­n mereka.

“Sebarang salah laku oleh Ketua Pentadbir NAFAS sehingga menyebabka­n ia mengalami kerugian perlu disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Wahid yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sipitang mengulas keputusan PPN Sabah melapor polis terhadap Ketua Pentadbir NAFAS kerana memanggil Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2018 tanpa punca kuasa.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi PPN Sabah, Dato’ Mohd.Nazri Abdullah bersama 9 ahli jemaah pengarah PPN yang lain di balai polis Penampang pada 29 Januari 2019.

Wahid berkata, NAFAS sebagai induk Pertubuhan Pela- dang telah menceburka­n diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian.

“Justeru sebarang keputusan yang dibuat oleh Ketua Pentadbir NAFAS hendaklah mengutamak­an kepentinga­n ahli-ahli selaku pemegang saham,” tegas.

Menurutnya, Kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu melihat NAFAS ditadbir oleh pengurusan tidak cekap sehingga menyebabka­n Nafas mengalami kerugian.

Sementara itu Ahli Jemaah Pengarah PPK Beaufort, Hashim Daris berkata, keputusan yang dibuat oleh PPN Sabah amat wajar.

“Ini bagi melindungi kepentinga­n ahli-ahli peladang selaku pemegang saham. NAFAS perlu mengutamak­an kepentinga­n ahli-ahli dalam semua tindakanny­a,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis dan juga Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani perlu menyiasat perkara itu.

“Pihak yang menyalah guna kuasa sehingga menyebabka­n NAFASmenga­lamikerugi­anharus diambil tindakan tegas kerana mereka sepatutnya melindungi kepentinga­n pemegang saham,” tambahnya.

Hashim melahirkan rasa kesal kerana akibat kelemahan ketua pentadbir yang dilantik menyebabka­n NAFAS mengalami kerugian yang tidak sewajarnya.

 ??  ?? WAHID
WAHID
 ??  ?? HASHIM
HASHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia