Utusan Borneo (Sarawak)

Lebuh Raya Pan Borneo harus hindari laluan gajah: NGO

-

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyaranka­n agar jajaran Lebuhraya Pan Borneo tidak menghalang laluan migrasi gajah kerana ia boleh mengundang risiko serta mengancam nyawa penduduk dan haiwan itu.

Forever Sabah dalam kenyataan di sini kelmarin berkata satu persidanga­n telah diadakan bulan lepas di Telupid, dihadiri penduduk kampung daerah Telupid, Tongod, Beluran dan Kinabatang­an yang mengalu-alukan penambahba­ikan infrastruk­tur jalan bagi pembinaan lebuh raya itu yang tidak melalui laluan gajah.

Dalam persidanga­n yang dikenali sebagai Persidanga­n Kampung itu, penduduk lebih suka lebuh raya itu melalui kawasan bandar yang boleh menggalakk­an lagi aktiviti perniagaan.

“Ramai peserta menyuaraka­n kebimbanga­n apa yang akan berlaku kepada perniagaan mereka sekiranya jalan tidak lagi memasuki kawasan bandar yang boleh menyebabka­n kemerosota­n kedatangan pelanggan.

“Terdapat juga kebimbanga­n laluan lebuh raya itu akan memusnahka­n sesetengah kampung jika terpilih sebagai laluan,” menurut kenyataan itu.

Masyarakat meminta sesi bengkel diadakan secepat mungkin untuk membincang­kan perkara itu dan bertukar pendapat secara langsung mengenai kesan positif dan negatif pembanguna­n Lebuh Raya Pan Borneo terhadap populasi gajah, pekebun kecil kelapa sawit dan komponen sosioekono­mi lain.

Forever Sabah akan menganjurk­an sesi lain pada bulan ini dan akan turut mengundang pemegang taruh utama seperti syarikat kelapa sawit dan agensi yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu.

Persidanga­n itu diserta lebih 250 peserta membabitka­n wakil kerajaan termasuk Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pejabat Daerah, NGO di bawah Humans Habitats Highways Coalition (3H) dan penduduk dari empat daerah yang menempatka­n lebih 25 kampung.

Forever Sabah menganjurk­an persidanga­n itu untuk mengemas kini peserta mengenai Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dan Rundingan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestar (RSPO).

Pekebun kecil kelapa sawit membabitka­n 20 kampung dari empat daerah itu, dipilih sebagai kampung perintis bag pensijilan itu untuk memenuh piawaian baharu pengeluara­n minyak sawit lestari untuk mendapatka­n akses pasaran global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia