Utusan Borneo (Sarawak)

BDFA FOKUS PEMBANGUNA­N BOLA SEPAK

Berhasrat menjadikan Bahagian Betong sebagai ‘lubuk’ cungkil bakat-bakat baharu berpotensi

- Oleh Saleman Senin

Malah, BDFA fokus memainkan peranan menganjurk­an pelbagai aktiviti termasuk merancang penganjura­n liga tempatan, program pembanguna­n, klinik bola sepak, kursus pengadilan bola sepak dan sebagainya.”

Nelson Kloni Kanang

Presiden BDFA

BETONG: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) fokus meneruskan agenda pembanguna­n bola sepak bagi mengangkat prestasi belia untuk menjadikan Betong sebagai ‘lubuk’ mencungkil bakat baharu sukan bola sepak di negeri ini.

Presidenny­a, Nelson Kloni Kanang bertekad BDFA melahirkan seramai mungkin pemain meneruskan agenda pembanguna­n sukan dan memiliki kemahiran tinggi selain berkemampu­an individu dapat bersaing peringkat lebih tinggi.

Nelson berkata, beliau percaya dengan adanya penganjura­n aktiviti sukan bola sepak dapat mencari pemain-pemain boleh digilap untuk diserapkan dalam pasukan utama negeri sebagai pemain senior, Piala Presiden atau Piala Belia Sarawak.

“Malah, BDFA fokus memainkan peranan menganjurk­an pelbagai aktiviti termasuk merancang penganjura­n liga tempatan, program pembanguna­n, klinik bola sepak, kursus pengadilan bola sepak dan sebagainya.

“Selain memberi sokongan moral kepada pemain-pemain kelahiran BDFA menyertai mana-mana kejohanan dan pemilihan peringkat lebih tinggi bagi mencapai hasrat diimpikan,” katanya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat BDFA sesi 1/2019 di sini kelmarin.

Menurutnya, dengan komitmen dan kerjasama yang sangat baik dari setiap ahli BDFA maka apa juga aktiviti dan program yang dirancang berjaya dilaksanak­an.

Tahun lalu, BDFA berjaya menganjurk­an kejohanan Liga Betong dan Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) menerima sokongan penuh daripada pelbagai pihak termasuk wakil rakyat tempatan memberi sumbangan kewangan bagi membantu pelaksanaa­nnya.

“Kejayaan itu adalah hasil komitmen dan minat diberikan oleh semua ahli yang dilihat masing-masing fokus dengan tanggungja­wab dia- manahkan.

“Saya percaya dengan kesediaan dan perancanga­n dilakukan tahun ini pasti berjaya dilaksanak­an dengan sebaikbaik­nya,” kata beliau.

Pada mesyuarat tersebut, BDFA turut membincang- kan penganjura­n Liga Daerah bagi mencungkil bakat-bakat baharu kalangan belia di Bahagian Betong.

Selain itu, perancanga­n pembanguna­n bola sepak peringkat akar umbi turut dipersetuj­ui dengan mengadakan klinik bola sepak melibatkan murid- murid sekolah.

Turut hadir Timbalan Presiden BDFA, Abang Soehard Abang Zaini, Setiausaha Kehormat BDFA, Saiful Hanizam Suhaini dan Bendahar BDFA, Saleman Senin.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: semalam. Peserta program ‘Raja Panah Friendly Game’ merakamkan kenangan di Kuching
KENANGAN: semalam. Peserta program ‘Raja Panah Friendly Game’ merakamkan kenangan di Kuching
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERAJU BDFA: Nelson (kanan) bersama exco lain membincang­kan program bakal dilaksanak­an untuk kemajuan bola sepak di Betong turut kelihatan Abang Soehardi dan Saiful.
TERAJU BDFA: Nelson (kanan) bersama exco lain membincang­kan program bakal dilaksanak­an untuk kemajuan bola sepak di Betong turut kelihatan Abang Soehardi dan Saiful.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia