Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengguna dan menjual dadah diberkas

Suspek diberkas di hadapan rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang petang kelmarin

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Padah guna dan jual dadah, seorang lelaki diberkas bersama 5.40 gram syabu di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang Kuching petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 38 tahun ditangkap di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta yang sama.

“Pada 9 Februari 2019 jam lebih kurang 5 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan menahan suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang Kuching, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Jelas Aidil, sebelum melakukan pemeriksaa­n lanjut, pegawai polis bertugas memperk-

Pada 9 Februari 2019 jam lebih kurang 5 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan menahan suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang Kuching, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan

” dadah.

Superinten­den Aidil Bolhassan

Ketua Polis Daerah Padawan

enalkan diri dengan menunjukka­n Kad Kuasa Polis kepada suspek.

Katanya, tujuan pemeriksaa­n polis juga dimaklumka­n dengan jelas serta difahami oleh suspek.

“Semasa pemeriksaa­n ke atas tubuh suspek, polis menjumpai satu beg tangan tiada jenama berwarna hitam yang dipegang dengan menggunaka­n tangan kanan suspek.

“Pemeriksaa­n teliti terhadap beg tersebut di hadapan suspek sendiri menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 5.40 gram,” katanya.

Ekoran itu, suspek ditangkap untuk siasatan lanjut dan suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND Padawan untuk tindakan selanjutny­a.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphet­amine dan amphetamin­e.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku dadah kepunyaann­ya untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada orang tempatan sekitar kawasan Matang,” tambah Aidil.

Selain itu katanya, suspek mula terlibat dengan aktiviti penyalahgu­naan dadah sejak enam tahun lepas.

Pada masa sama beliau memberitah­u, suspek turut mempu- nyai rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Malah, menurutnya lagi, suspek memperoleh­i dadah secara ‘bank in’ dan kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah berjaya ditahan.
DICEKUP: Suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah berjaya ditahan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia