Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki dicekup dalam Ops Dadu di Sibu

-

Polis Sibu terus memerangi kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen menerusi serbuan Ops Dadu yang giat dijalankan di sekitar bandar ini.

Difahamkan dalam serbuan sekitar jam 6.30 petang Jumaat lepas, anggota D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) diketuai Inspektor Hairul Hussin telah menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti loteri awam tanpa lesen.

Suspek berusia 25 tahun itu yang juga peniaga kolam pancing udang ditahan di meja kaki lima kedainya di Lorong Ulu Sungai Merah.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas seunit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

Dalam serbuan berasingan sekitar jam 5.45 petang Sabtu, pasukan Hairul sekali lagi menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti loteri awam tanpa lesen.

Suspek berusia 30 tahun yang merupakan peniaga cakera padat ditahan di meja kaki lima kedai alat telekomuni­kasi di Rejang Park.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

Polis akan mendapatka­n laporan pakar judi untuk pertuduhan kedua- dua kes terbabit.

Kedua-dua kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT).

 ??  ?? DALANG JUDI: Polis sedang menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas suspek (duduk) di Rejang Park.
DALANG JUDI: Polis sedang menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas suspek (duduk) di Rejang Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia