Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi terhadap individu salah guna kuasa

Talib yakin SPRM menjalanka­n tugas dengan baik dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Ketua Menteri tidak akan berpihak kepada mana-mana individu yang didapati terlibat dalam perbuatan salah guna kuasa.

Menterinya Datuk Talib Zulpilip berkata, beliau yakin Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menjalanka­n tugas dengan baik dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

“Dalam soal integriti tidak boleh berbaur politik dan sesiapa sahaja yang salah akan kita siasat.

“Kita sokong SPRM dan jika wujud elemen politik dalam integriti, rosaklah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Plogging Integriti di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini semalam.

Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, turut mengulangi pesanan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai integriti dan akauntabil­iti dalam jalankan tugas.

“Pertama kali beliau (Abang Johari) jadi menteri sekitar tahun 1988 saya adalah setiausaha tetapnya dan selama 30 tahun saya memerhati

Dalam soal integriti tidak boleh berbaur politik dan sesiapa sahaja yang salah akan kita

” siasat.

Datuk Talib Zulpilip

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman

beliau seorang yang mengamalka­n konsep integriti.

“Belia amal, cakap dan buat dan itu yang harus kita ingat dalam diri masing-masing ,” katanya sebagai peringatan kepada semua agar tidak ter- libat dalam perbuatan salah guna kuasa ini.

Ditanya mengenai laporan rasuah yang dibuat terhadap salah seorang menteri muda berkaitan isu tanah rakyat baru-baru ini, Talib berkata beliau tidak dapat mengulas kerana tiada laporan rasm diterima.

Menteri muda tersebut dilaporkan mempunyai kepentinga­n dalam sebuah syarikat yang didakwa memilik lebih 16,000 hektar tanah d Simunjan.

Bagaimanap­un, menter muda berkenaan menafikan laporan tersebut dan akan mengadakan perjumpaan dengan agensi berkaitan untuk mendapatka­n fakta sebenar.

 ??  ?? TEGAS: Talib ditemu bual pemberita di pekarangan DUN Lama d Kuching semalam sempena Program Plogging Integriti.
TEGAS: Talib ditemu bual pemberita di pekarangan DUN Lama d Kuching semalam sempena Program Plogging Integriti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia