Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Salahuddin kunjungi Lee sempena Tahun Baharu Cina

-

MIRI: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin di kedia- mannya di Tanjung Lobang di sini, semalam.

Tun Salahuddin yang diiringi isteri, Toh Puan Norkiah, berada di Miri selama dua hari untuk lawatan peribadi atas jemputan rakan-rakan dan beberapa kenamaan di sini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Selain mengadakan kunjungan ke kediaman Lee, Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah turut mengunjung­i sabahat baik beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting dan beberapa kedia- man kenamaan lain di sini.

Hari ini, Tun Salahuddin dan isteri akan meneruskan kunjungan ke beberapa kediaman rakan-rakan mereka, antaranya ahli perniagaan terkemuka, Datuk Lau Siu Wai di Taman Hilltop di sini.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Lee (empat kiri) menyerahka­n cenderamat­a khas kepada Tun Salahuddin sambil disaksikan yang lain.
TANDA INGATAN: Lee (empat kiri) menyerahka­n cenderamat­a khas kepada Tun Salahuddin sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia