Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa bertindak ditubuh bincang dan selesai masalah penduduk Kampung Pinang

-

KUCHING: Jawatankua­sa bertindak ditubuhkan di Kampung Pinang, Samarahan bagi membincang­kan dan mencari penyelesai­an pelbagai permasalah­an yang diutarakan penduduk.

Antara permasalah­an yang diutarakan penduduk di kampung tersebut ialah isu penyukatan tanah, kejadian tanah runtuh, bina baharu dan naik taraf parit konkrit.

Masalah lain termasuk pembesaran kampung, penambahba­ikan surau dan masjid, bil elektrik yang tidak sampai ke rumah penduduk kampung serta masalah- masalah lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang dalam pada itu berharap jawatankua­sa itu dapat mengutamak­an permasalah­an yang diutarakan penduduk untuk dirujuk ke peringkat atasan.

Masalah- masalah itu katanya, perlu diselesaik­an dengan secepat dan sebaik mungkin oleh jawatankua­sa berkenaan.

Terdahulu, Idris menyertai penduduk pada Program Gotong- Royong Perdana bersama penduduk kampung berkenaan dan seterusnya merasmikan program tersebut.

Idris turut mengharapk­an agar semua aktiviti pembanguna­n kampung melibatkan semua penduduk kampung termasuk anak-anak muda kampung.

 ??  ?? TURUN PADANG: Idris (tiga kiri) menyertai gotong-royong bersama penduduk Kampung Pinang, Samarahan semalam.
TURUN PADANG: Idris (tiga kiri) menyertai gotong-royong bersama penduduk Kampung Pinang, Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia