Utusan Borneo (Sarawak)

Lapor JTK, dapatkan dokumen sebelum ke luar negara

Demikian nasihat Hafsah berhubung insiden 47 warga Malaysia ditahan di sebuah penjara di Kemboja

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Rakyat Sarawak yang mahu bekerja di luar Malaysia dinasihati agar melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak dan mendapatka­n dokumen yang diperlukan sebelum pergi ke luar negara.

Demikian nasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak Datuk Seri Hafsah Harun berhubung insiden 47 warga Malaysia yang ditahan di sebuah penjara di Kemboja selepas disyaki terlibat dalam permainan perjudian dalam talian secara haram baru-baru ini.

Katanya, rakyat perlu sentiasa berwaspada dengan percubaan mereka untuk mendapatka­n pekerjaan di luar negara.

“Laporkan kepada JTK sekiranya anda mahu bekerja di luar negara kerana ini akan membantu anda daripada menjadi mangsa kepada mana-mana sindiket,” katanya sambil memohon agar belia mendapatka­n lebih banyak maklumat dan selidiki syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada mereka terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama enam ahli keluarga mangsa tahanan oleh pihak berkuasa di Kemboja pada sidang media di sini, semalam

Sementara itu, ibu kepada Yusuf Islam Abdul Halik ( salah seorang mangsa tahanan) iaitu Zunita Sedini, 42, berkata, anaknya itu memberitah­u bahawa dia ditawarkan bekerja menjual produk elektrik di Kemboja pada mulanya.

Oleh itu katanya, dia tidak tahu bagaimana Yusuf, 21, akhirnya dipenjara sedangkan dia pergi dengan niat untuk mendapatka­n taraf hidup yang lebih baik di negara asing.

“Yusuf seorang anak yang berdikari. Apabila dia memaklumka­n dia mahu bekerja di Kemboja, saya mengizinka­n kerana mahu dia berjaya.

Laporkan kepada JTK sekiranya anda mahu bekerja di luar negara kerana ini akan membantu anda daripada menjadi mangsa kepada mana-mana sindiket,” katanya sambil memohon agar belia mendapatka­n lebih banyak maklumat dan selidiki syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada

” mereka terlebih dahulu.

Datuk Seri Hafsah Harun Penasihat PKR Negeri Sarawak

Setibanya di Kuala Lumpur dan Kemboja, dia ada menghubung­i saya.

“Kali terakhir saya menerima panggilan telefon daripada Yusuf adalah pada 9 Disember tahun lalu, untuk memaklumka­n dia baik sahaja,” katanya

Zunita berkata, selepas itu dia menyedari ada sesuatu tidak kena berlaku apabila dia tidak dapat menghubung­i anaknya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan telefon (nombor yang bukan dari sini), daripada Yusuf yang meminta tolong.

“Mak, tolong saya. Saya dan rakan- rakan ditahan. Tolong kami mak,” katanya sambil memberitah­u dia tidak tahu kenapa anak sulungnya itu ditahan dan terus memberitah­u suaminya tentang perkara itu.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata, seorang sahabat terdekat keluargany­a berjaya masuk ke penjara Kemboja dan meletakkan Yusuf dalam panggilan video beberapa kali.

“Itulah di mana saya mendapat tahu Yusuf serta tahanan lain berada dalam keadaan selamat... dan kini kami masih menunggu Kerajaan Malaysia menyelamat­kan kesemua mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sarawak kerana sehingga kini terus member bantuan dan sokongan untuk menyelamat­kan kesemua anak muda yang ditahan d Kemboja.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi. ?? SEBAKl: Zunita tidak dapat menahan air matanya semasa bercakap mengenai anaknya, Yusuf, salah seorang mangsa tahanan di sebuah penjara di Kemboja pada sidang media di kediamanny­a di Taman Long Seng di Kuching, semalam. Turut kelihatan Hafsah (tiga kiri) bersama enam ahli keluarga mangsa tahanan di Kemboja.
— Gambar Muhd Rais Sanusi. SEBAKl: Zunita tidak dapat menahan air matanya semasa bercakap mengenai anaknya, Yusuf, salah seorang mangsa tahanan di sebuah penjara di Kemboja pada sidang media di kediamanny­a di Taman Long Seng di Kuching, semalam. Turut kelihatan Hafsah (tiga kiri) bersama enam ahli keluarga mangsa tahanan di Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia