Utusan Borneo (Sarawak)

SUHAKAM perlu bertindak segera terhadap isu 47 rakyat Malaysia ditahan

-

Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM) perlu mengambil tindakan segera terhadap isu seramai 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja sejak Disember tahun lalu kerana melibatkan hak asasi manusia.

Anggota Jawatankua­sa Exco Kebangsaan Wanita PKR Zulhaidah Suboh berkata, beliau yakin dan pasti ia melibatkan kepentinga­n pelbagai pihak mempunyai rangkaian perdaganga­n dan menggunaka­n pelbagai modus operandi.

“Kita menunggu dan pastinya ingin tahu apakah tindakan seterusnya diambil oleh SUHAKAM terhadap penyeludup­an manusia di Malaysia ke negara lain termasuk kes terbaharu di Kemboja,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut Zulhaidah, kerajaan persekutua­n dan negeri harus mengawasi dengan teliti agensiagen­si menawarkan pekerjaan di luar negeri untuk keselamata­n rakyat dan negara pada masa akan datang.

Beliau mendedahka­n kesan negatif terhadap kes pemerdagan­gan manusia memberi kesan kepada mangsa serta trauma dan takut apabila mereka berurusan dengan masyarakat.

Zulhaidah berkata, penahanan rakyat Sarawak di Kemboja adalah satu kes yang amat mengejutka­n.

“Agensi-agensi ini dengan mudah memanipula­si media sosial mengiklank­an aktiviti haram seperti menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada pencari kerja yang tidak menyedari bahawa mereka terlibat dengan aktiviti haram di negara luar,” katanya.

Ketua Wanita PKR Sibuti itu menjelaska­n, ini salah satu penyalahgu­naan emosi dan fizikal yang meninggalk­an kesan mendalam serta mempengaru­hi masa depan mereka termasuk ahli keluarga mereka.

Beliau berharap tindakan konkrit diambil semua pihak bagi mengelakka­n insiden seumpama itu terus berulang, khasnya melibatkan rakyat Malaysia yang dipergunak­an sebagai ejen memperdaga­ngkan manusia.

Zulhaidah turut menggesa agensi-agensi kerajaan mengambil langkah memberi pencerahan kepada orang ramai terutama golongan muda yang teruja mencari pekerjaan dan tidak kurang bagi mereka yang terdesak mencari pekerjaan bagi menyara keluarga terutama golongan miskin.

“Kebanyakan golongan muda tertarik dengan tawaran upah dalam mata wang asing terutama dolar Amerika Syarikat dijanjikan selain kemudahan seperti insentif, bonus, elaun bulanan dan tempat tingga percuma tanpa menyedar kerja ditawarkan selamat atau melanggar undang-undang,” jelasnya.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu campur tangan dalam perkara ini dengan memastikan kerja dipohon oleh anak-anak mereka selamat dan ada jaminan bukan hanya tertarik dengan tawaran gaji semata-mata.

Zulhaidah berkata strateg utama mencegah dan memerangi pemerdagan­gan manusia ialah mewujudkan program kesedaran awam untuk komuniti sedar, bertanggun­gjawab dan responsif terhadap jenayahjen­ayah.

“Isu pemerdagan­gan manusia itu memberi impak negatif terhadap imej negara kita,” katanya justeru Kementeria­n Luar perlu mengambil perhatian serius menangani perkara tersebut.

 ??  ?? ZULHAIDAH SUBOH
ZULHAIDAH SUBOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia