Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong lawat Pameran Lampu di Dataran Sibu

-

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu Datuk Tiong Thai King meluangkan masa melawat Pameran Lampu yang sedang berlangsun­g di Dataran Bandar Sibu Fasa II, malam kelmarin.

Turut serta ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pelawan David Wong, ADUN Bukit Assek Irene Chang dan Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen.

Pada lawatan itu, Tiong yang juga ADUN Dudong serta yang lain diiringi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasar Teku Kapitan So Teck Kee bagi menyaksika­n kepelbagai­an lampu yang dipamerkan pada pameran itu.

Pameran lampu yang bermula 3 Februari hingga 8 Mac itu adalah anjuran KRT Pasar Teku.

Menurut kenyataan medianya, rangka lampu LED yang dibina pakar-pakar yang dibawa dari China menjadi tarikan utama pameran berkenaan.

Pelbagai gerai yang menjual makanan tradisiona­l masyarakat tempatan dan gerai perniagaan untuk disewa kepada peniaga turut disediakan di pameran ini.

 ??  ?? MENARIK: (Dari kiri) Oscar, Nurfatimah, Irene, Tiong, So, Wong dan yang lain bergambar di dalam terowong lampu pada pameran itu.
MENARIK: (Dari kiri) Oscar, Nurfatimah, Irene, Tiong, So, Wong dan yang lain bergambar di dalam terowong lampu pada pameran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia