Utusan Borneo (Sarawak)

DAP di Sarawak lebih ramai disertai kaum Dayak

-

Keahlian Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Sarawak lebih ramai disertai kaum Dayak berbanding kaum Cina.

Mendedahka­n perkara itu, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata lebih 60 peratus keahlian DAP di Sarawak adalah kaum Dayak.

Menurutnya, terdapat peningkata­n keahlian DAP di Sarawak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Ya, keahlian kami meningkat selepas PRU14 berbanding jumlah ahli sebelum ini. Di Sarawak, ahli-ahli DAP adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan ahli Dayak lebih ramai daripada Cina.

“Begitupun, orang ramai masih menganggap DAP adalah untuk orang Cina,” katanya ketika ditanya mengenai jumlah ahli DAP di Sarawak setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di pejabat DAP di Taman Rajang di sini semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong dan ADUN Bukit Assek Irene Chang.

Bagaimanap­un, beliau tidak dapat mendedahka­n angka terkini ahli DAP di Sarawak kera- na tidak mempunyai data.

Sehubungan itu, beliau berkata DAP Sarawak akan meletakkan calon Dayak di kawasan Bumiputera terutama di wilayah tengah Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Sudah semestinya di kawasan Dayak kita meletakkan calon Dayak seperti di Kapit, Katibas dan Kanowit (Ngemah) termasuk di Pakan juga adalah kerusi kita.

“Di Kapit, kita ada beberapa kerusi DUN iaitu Bukit Goram, Palagus dan Hulu Rajang (Baleh dan Murum),” jelas beliau.

Bagaimanap­un, beliau tidak menolak kemungkina­n pembahagia­n kerusi mengikut PRN11 apabila ditanya sama ada sudah ada perbincang­an mengenai kerusi DAP di Sarawak.

“Kita lihat dahulu bagaimana...tetapi kita masih terbuka untuk sebarang rundingan,” katanya.

Sementara itu, kira- kira 1,000 orang memeriahka­n Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Sibu di sini semalam.

 ??  ?? TERIMA KASIH: (Dari kanan) Wong, Irene, Oscar dan Alice menyerahka­n angpau kepada kanak-kanak.
TERIMA KASIH: (Dari kanan) Wong, Irene, Oscar dan Alice menyerahka­n angpau kepada kanak-kanak.
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Henry menyempurn­akan perasmian Tapak Gera Kawasan Rukun Tetangga Apar/Tabong baru-baru ini sambil dis aksikan tetamu lain.
UNTUK RAKYAT: Henry menyempurn­akan perasmian Tapak Gera Kawasan Rukun Tetangga Apar/Tabong baru-baru ini sambil dis aksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia