Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundian secara elektronik beri manfaat

Kaedah pengaplika­sian e-undi tampak lebih selamat dan menjimatka­n kos, kata Fatimah

- Oleh Patricia Gari

SPR mempertimb­angkan pelaksanaa­n kaedah pengundian secara e-undi yang dilihat lebih selamat dan menjimatka­n

” kos.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Ketua Wanita GPS

KUCHING: Cadangan Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) untuk mengaplika­sikan kaedah pengundian secara elektronik ( e- undi) dilihat sebagai transforma­si dalam sistem pilihan raya negara.

Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, SPR melihat kaedah pengaplika­sian e- undi lebih selamat dan menjimatka­n kos.

Beliau bagaimanap­un menegaskan­bahawapend­uduk terutama pengundi harus dididik dan diberi tunjuk ajar cara pengundian dalam talian.

Menurutnya didikan dan tunjuk ajar cara pengundian dalam talian tidak hanya perlu diberikan kepada pengundi termasuk golongan muda yang celik Internet tetapi pengundi warga tua yang tidak celik Internet.

“SPR mempertimb­angkan p e l a k s a n a a n k a e d a h pengundian secara e- undi yang dilihat lebih selamat dan menjimatka­n kos.

“Ini adalah sebahagian daripada reformasi dalam sistem pilihan raya negara kita.

“Bagaimanap­un penduduk t e r u t a m a p e n g u n d i merangkumi golongan muda yang celik Internet dan pengundi warga tua yang tidak celik Internet harus dididik dan diberi tunjuk ajar cara pengundian dalam talian,” katanya kepada Utusan Borneo.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak berkata untuk memastikan pelaksanaa­n eundi mencapai objektifny­a kajian mendalam mesti dilakukan terlebih dahulu.

Tambahnya, kajian itu mesti melihat aspek positif dan negatif kerana percaya setiap sistem yang baharu sudah tentu ada baik dan buruknya.

“Semua aspek perlu diteliti sebelum ia boleh dilaksanak­an kerana setiap sistem yang baharu tentu ada baik dan buruknya. Kalau kebaikanny­a lebih banyak maka ia wajar dipertimba­ngkan,” katanya.

Fatimah berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar nasional berbahasa Melayu baru- baru ini memetik Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun menyifatka­n pelaksanaa­n e- undi lebih selamat, kerahsiaan terjamin dam menjimatka­n kos.

Perkara itu ujarnya, menjadikan cadangan penggunaan aplikasi e-undi dalam sistem pilihan raya negara kini dalam proses pertimbang­an suruhanjay­a berkenaan.

Azhar memberitah­u, kajian SPR mendapati kaedah itu yang digunakan di Rusia, Korea Selatan, India dan Congo dapat menjimatka­n banyak masa serta meminimumk­an bilangan kakitangan diperlukan.

Tambahnya lagi, SPR sudah melakukan pencarian fakta dan perbincang­an dengan beberapa pihak termasuk pegawai dari negara yang sudah melaksanak­an kaedah e- undi dan pengundian Internet.

 ??  ?? MESYUARAT: Gerawat (duduk, tengah) bersama Exco PBB Mulu selepas mesyuarat GPS di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mulu semalam.
MESYUARAT: Gerawat (duduk, tengah) bersama Exco PBB Mulu selepas mesyuarat GPS di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mulu semalam.
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia