Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 orang serbu Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP

-

Kira-kira 1,000 orang menyerbu Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Parti Tindakan Demokratik (DAP) di pejabat DAP Sibu di Taman Rajang di sini semalam.

Majlis itu dihadiri pelbagai kaum dan agama dengan orang ramai mulai berkumpul di pekarangan tingkat bawah pejabat parti itu seawal jam 9 pagi.

Ketibaan orang ramai disambut mesra empat pemimpin DAP Sibu iaitu Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pelawan David Wong dan ADUN Bukit Assek Irene Chang.

Wong ditemui mengucapka­n terima kasih kepada tetamu hadir memeriahka­n majlis tersebut yang dianjurkan setiap tahun.

“Saya berasa sangat gembira kerana melihat sambutan sangat menggalakk­an daripada orang ramai yang datang pada rumah terbuka kami tahun ini.

“Terima kasih kepada rakyat yang sentiasa menyokong kami selama ini dan memberi kepercayaa­n kepada DAP menjadi kerajaan walaupun di Sarawak kami masih pembangkan­g,” katanya.

Bagi Oscar, beliau tidak menolak kemungkian sambutan menggalakk­an itu disebabkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) lalu membawa kepada pembentuka­n kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Mungkin tahun ini kami adalah sebuah kerajaan justeru suasana sedikit berbeza, kami mengucapka­n terima kasih kepada semua yang hadir pada rumah terbuka TBC tahun ini,” katanya.

Irene pula berkata penganjura­n majlis rumah itu juga berkongsi kemeriahan perayaan TBC bersama masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Sementara itu, orang rama disajikan pelbagai hidangan seperti gulai ayam kari, m goreng, kuih- muih, limau mandrin dan sebagainya.

 ??  ?? JEMPUT MAKAN: (Dua dari kanan) Irene, Wong dan Alice menjamu orang ramai menikmati juadah
JEMPUT MAKAN: (Dua dari kanan) Irene, Wong dan Alice menjamu orang ramai menikmati juadah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia